Selasa, 14 Februari 2012

KESIAN NIK AJIS DAH TERSEPIT !!! PENYELESAIAN TERBAIK, ANWAR IBRAHIM 'WAJIB' SAMAN WSJ !!!

Alahai kesiannya TM dengan Nik Aziz ni, setelah berpenat lelah mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau akhirnya akur dengan kenyataan sebenar dan telah membuat 'suprise' iaitu buat pertama kalinya telah memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim, beliau telah diberi dua pilihan, iaitu :

1) Menarik balik kenyataan "I support all efforts to protect the security of the state of Israel".
2) Menyaman Wall Street Journal (WSJ).

Pada pendapat TM, TM sarankan sekeras-kerasnya supaya Anwar Ibrahim menyaman WSJ !!! Ini kerana Anwar Ibrahim telah menuduh WSJ memutar belit fakta. Jika betul WSJ tu sudah 'spin'kan fakta, apa lagi, saman la!

Bila difikirkan dari segi logik akal, jika benarlah WSJ telah memutarkan fakta itu, sudah tentu Anwar Ibrahim tidak akan teragak-agak untuk menyaman WSJ dari awal lagi seperti mana beliau telah menyaman Utusan Malaysia baru-baru ini.

Disamping itu, firasat hati TM mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya (sila rujuk diatas). Ini kerana beliau sesekali pun tidak akan merumitkan 'tugasannya' dengan bertindak 'mencuci kain putih yang dipenuhi sumur' itu.

Antara kemungkinan yang akan berlaku ialah Anwar Ibrahim akan terus mempertahankan kenyataannya dan tidak mustahil beliau akan menggunakan cara apa sekalipun semata-mata mahu 'menegakkan benang yang basah' ini. Maklumlah, semua orang tahu bahawa Anwar Ibrahim ini ialah seorang hamba Allah yang berhati kering. Agak-agak apa tindakan dia ya? Kita tunggu dan lihat saja apa pula scene selepas ini.....

P/S : Menyokong Israel ialah haram disisi Islam !! Anwar Ibrahim harus bertaubat :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...