Khamis, 9 Ogos 2012

Lagi pelajar IPTS hasil video klip hargai Chong Wei...


Penghargaan rakyat Malaysia khususnya golongan muda ke atas Datuk Lee Chong Wei, yang mengutip pingat perak kedua dalam Sukan Olimpik, Ahad lalu berterusan.

Terbaru, pelajar-pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) menghasilkan klip video dengan tema "Anda hero saya".

Klip video itu menghimpunkan siri gambar yang menunjukkan Chong Wei sedih dan menitiskan air mata selepas tewas kepada Lin Dan dari China.

Klip video yang durasinya 2.18 minit telah diakses oleh lebih 12,000 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pembuka kata kilp video itu,menyebut "semangat juang Datuk Lee Chong Wei telah membolehkan dia bukan sahaja menang pingat perak, tetapi juga rasa hormat keseluruhan rakyat Malaysia."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...