Khamis, 9 Ogos 2012

Negara kucar-kacir jika diperintah pembangkang- Khairy



KUALA LUMPUR 8 Ogos - Penggunaan tiga tema Hari Kebangsaan oleh negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang membuktikan mereka tidak bersetuju atau sependapat meskipun dalam perkara yang mudah, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, tindakan pembangkang itu memberi gambaran, negara pasti akan dalam keadaan kucar-kacir jika mereka diberi peluang mentadbir negara.

"Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara. Dasar lain, undang-undang pun lain. Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud. 

"Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya kepada pemberita selepas melancarkan “Pasukan Siber Pemuda BN" (BNYCT) di sini hari ini.- Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...