Khamis, 24 Januari 2013

#BMP231 - Demonstrasi Bersihkan Bar Council



 Satu desakan terhadap Majlis Peguam atau Bar Council pada 23 Jan 2013 jam 12.30pm yang bertempat di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Serentak di 10 buah negeri, 20 NGO dan 9 tuntutan agar mereka kembali kepada tujuan asal penubuhannnya yang mana sepatutnya Bar Council ini memberi tunjuk ajar dan membantu rakyat dalam mendapatkan pandangan tentang selok belok mengenai hukum undang-undang di Malaysia. Namun kini bar council dilihat terlampau banyak berpolitik dan langsung mengabaikan kepentingan sosial rakyat dan lebih banyak mengutamakan keuntungan politik berbanding memberi perkhidmatan pada rakyat. Satu memorandum telah di serahkan bagi tujuan nasihat dan mengingatkan Bar Council agar jangan lupa fungsinya pada masyarakat. 

 #BMP231 Tuntutan-tuntutan Gerakkan Rakyat Membersihkan Hipokrasi Majlis Peguam 

*Pada hari ini, 23 hb Januari 2013, Titik mulanya kebangkitan Gerakkan Rakyat untuk memastikan Majlis Peguam sebagai pemeang amanah kepada rakyat, dibersihkan serta dibebaskan dari unsur-unsur hipokrasi politik dan campur tangan pihak ketiga.

 *Mutakhir ini, ketidak puasan hati rakyat semakin meningkat terhadap tindakan-tindakan Majlis Peguam yang dilihat berat sebelah, prejudis, bias, ekstrem dan bersikap hipokrit. 

 *Majlis Peguam dilihat tidak lagi memberikan khidmat yang telus, berwibawa dan Berjiwa Rakyat. Ketiadaan intergriti di dalam kepimpinan Majlis Peguam membawa kepada kekecewaan rakyat yang sentiasa dahagakan kebenaran 

 *Gerakkan Kebangkitan Rakyat ini dinamakan “Bersihkan Majlis Peguam 231” atau singkatannya “BMP231”. Ini adalah satu permulaan memperjuangkan hak rakyat untuk membersihkan hipokrasi Majlis Peguam selama ini. 

 *BMP231 akan terus memperjuangkan sebuah Majlis Peguam yang non-partisan berkecuali dan benar-benar bebas serta dihormati rakyat. Serta menurut segala tujuan & objektif penubuhan mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976. 

 *BMP231 akan menubuhkan Pemerhati Majlis Peguam (PMP)/(BAR COUNCIL) untuk memantau dan mengawasi semua tindakan dan gerak geri Majlis Peguam. PMP juga akan bertindak dan berfungsi memastikan Majlis Peguam sentiasa mematuhi Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166).

 *PMP akan memastikan kepimpinan Majlis Peguam tidak lagi dicemari dengan unsur-unsur hipokrasi dan benar-benar berkecuali seperti mana yang termaktub dalam akta profesion undang-undang 1976. 

*Bar Council Watch akan menjelajah ke seluruh negara secara fizikal & secara maya bagi mengumpulkan aduan rakyat yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan peguam atau menjadi mangsa penipuan peguam yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada Majlis Peguam.

 *Bar Council Watch akan mengkompilasikan aduan-aduan tersebut dan mengadakan sidang media dan pemberitahuan berkala bagi menyedarkan Majlis Peguam bahawa mereka perlu kurangkan berpolitik tetapi mereka perlu lebih menjaga intergriti dan profesionalisme ahli-ahli institusi guaman dan undang-undang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...