Khamis, 31 Januari 2013

#BMP231 Majlis Peguam KURANG AJAR ... Perlekeh ENAKMEN MUFTI DAN FATWA..!!



KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menyuarakan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini dipertikaikan oleh seorang peguam.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bercanggah di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 kerana ia bersifat ultra vires.

Menurutnya, kenyataan itu dilihat cenderung kepada hasutan dan mereka yang bersama Chee Wee mengeluarkan kenyataan sedemikian boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

“Selaku Presiden Majlis Peguam beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan mewakili keseluruhan 14,189 peguam di negara ini.

Beliau hanya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya ia bersifat peribadi.

“Sekiranya Chee Wee berhujah menyatakan bahawa Enakmen Mufti dan Fatwa itu sebagai tidak berperlembagaan, kenapa beliau tidak mencabar peruntukan dalam akta Majlis Peguam yang juga tidak berperlembagaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Peguam menyuarakan kekesalan dan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dan menyifatkannya sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Chee Wee menyatakan pindaan itu bercanggah dengan Perlembagaan kerana seolah-olah menyingkirkan bidang kuasa mahkamah.

Pindaan memasukkan Seksyen 22A yang berbunyi “walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...