Jumaat, 25 Januari 2013

Ibu bapa Willilam Yau hadir di bilik mayat, polis tunggu ujian DNA


Ibu bapa kanak-kanak yang hilang, William Yau Zhen Zhing, 6, hadir di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini untuk membuat pengecaman ekoran penemuan satu mayat di jeti nelayan Sungai Sireh malam tadi.


Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying tiba di bilik mayat kira-kira jam 11 pagi tadi.



Mereka masuk ke bilik mayat melalui pintu belakang dan Ying Ying dilihat dalam keadaan menangis.



Kedua-dua mereka dipercayai datang ke HTAR untuk membuat pengecaman terhadap mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di jeti nelayan Sungai Sireh, kira-kira jam 9 malam tadi.



Penemuan mayat tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada ia William.



Polis sedang menunggu hasil bedah siasat dan DNA.



Dijangkakan, satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebaik keputusan bedah siasat diterima hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...