Tun Dr. Mahathir diserang dengan hebat sekali oleh media-media
pro-pakatan berkaitan pemberian isu kad pengenalan biru kepada
pendatang-pendatang di Sabah , namun jawapan yang diberikan oleh Dr.M
adalah cukup mudah dan barangkali terkena 'sekelepet' di muka yang
sengaja menimbulkan isu ini . Dari KLPos , Dr.M mengakui beliau memang
mengeluarkan arahan untuk meluluskaan pemberian IC berkenaan , jawapan
diberikan tegas tanpa takut2 , macam sesetengah pemimpin PR yang
terlompat-lompat bila ditanyakan soalan bersifat provokatif seperti itu .
Dari laporan yang dikeluarkan oleh KLPos ;
"Menjawab soalan wartawan apabila ditanya samada pemberian kad
pengenalan adalah untuk menjamin kemenangan parti Barisan Nasional
semasa pilihanraya di Sabah, Dr. Mahathir berkata sama seperti warga
negara lain, mereka bebas untuk memilih mana-mana parti dalam
pilihanraya.
Masalah kebanjiran warga asing terutama dari Filipina di Sabah adalah
disebabkan ramai diantara mereka yang melarikan diri dari konflik di
negara masing-masing.
Ramai di antara mereka yang telah menetap di Sabah untuk satu tempoh
jangka masa yang agak panjang dan berkeluarga di negeri itu, misalnya
salah seorang saksi RCI, Ismail Balaka mengakui beliau telah tiba di
Sabah dengan satu bot nelayan pada tahun 1975 dari Pulau Ubian,
Filipina."
klik untuk laporan penuh di sini
Artikel di atas juga menunjukkan sikap ironi pemimpin Pakatan dalam
menuntut kad pengenalan biru untuk lebih 300,000 kaum India yang
dikatakan penduduk asal negara ini tapi tak ada kad pengenalan biru .
Persoalan sekarang benarkah 300,000 itu benar2 orang India yang berasal
dari negara ini dan bukan dari negara India ? Kenapa logik seperti ini
tidak pula di aplikasikan untuk kes di Sabah ? Mereka juga boleh mengaku
mereka penduduk asal Sabah , tetapi tidak ada dokumen kerana kesukaran
perhubungan dengan bandar , sama seperti yang berlaku untuk '300,000'
golongan di semenanjung ini ? Dari artikel analisis KLPos pula ;
"Jika di Sabah jumlah yang dilaung kan oleh Pakatan Rakyat mencecah
puluhan ribu, maka di semenanjung pula jumlah yang di laungkan ada lah
300,000 walau pun yang berjaya di kumpulkan untuk demo cuma dalam
sekitar 300 orang warga India sahaja.
Amat pelik keselamatan negara menjadi isu. Seolah-olah menjadi
warganegara Malaysia adalah hak kemudahan untuk orang asing menyeludup
masuk ke Negara ini. Pada mulanya Pakatan Rakyat memilih untuk
mengkritik tapi kini demi undi dan sokongan mereka pula menyokong
kebanjirannya malah membantu golongan ini untuk mendapatkan
kewarganegaraan Malaysia.
Apa pun Pakatan Rakyat tetap menjadi badut di dalam kekeliruan kerana
tujuan politik mahu menang mengatasi kebenaran. Di satu waktu Pakatan
Rakyat menjalan kan kempen meramaikan ahli dan pengundi dengan DAP
mendahului parti lain mendaftarkan ahli dan pengundi yang begitu ramai
jumlahnya.
Namun begitu, Anwar Ibrahim pula di dalam beberapa kenyataan
membangkitkan isu kononnya terdapat peningkatan luar biasa jumlah di
dalam pendaftaran pemilih dan ini seharusnya disiasat. Malah tanpa
berfikir panjang, Anwar Ibrahim memberi petunjuk bahawa SPR bakal
menjadi alasan untuk beliau menangguhkan pembubaran DUN Selangor kerana
jumlah pengundi baru yang meragukan."
Baca artikel penuh di sini
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah