Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Jumaat, 25 Januari 2013
Kalimah ALLAH: 10 NGO Kuala Muda desak Guan Eng mohon maaf
SUNGAI PETANI - Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda hari ini mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.
Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.
Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata, mereka memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada masyarakat Islam.
"Kami juga mahu dia (Lim) menghormati masyarakat Islam negara ini sebagaimana kita menghormati bangsa lain," katanya kepada pemberita.
Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam.
"Kita tidak mahu nama ALLAH digunakan di dalam Bible," katanya. - Bernama