Rabu, 2 Januari 2013

Nik Aziz: 'Saya juga layak muncul di TV'


 Di sebalik isu Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu muncul dalam televisyen berhubung isu Amanat Haji Hadi, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, beliau juga layak untuk bercakap menerusi media elektronik bagi memberi penjelasan tentang perjuangan Pas.


Bagi tujuan itu, beliau bersedia bila-bila masa bagi menerangkan perjuangan sebenar Pas yang menurut parti itu kini disalahertikan oleh pelbagai pihak.


“Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajib menyebarkan kebenaran kepada setiap umat di dunia tidak kira Islam atau sebaliknya, jadi sesungguhnya sebagai negara demokrasi kerajaan perlu memberi peluang kepada Pas untuk memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan hakisan ombak di Kampung Pulau Gorek, Badang di sini, pagi ini.

P/S : Bukankah mereka yang mengajak rakyat memboikot Media Arus Perdana dan sekarang masing - masing dok kalut nak masuk TV pula ya...???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...