Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang didatangkan dari Filipina itu telah pun dikenalpasti.
1. Daniel Cruz
Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National
Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat
Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan
Amerika Syarikat di Manila. Dia merupakan warganegara Filipina pertama
yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical
Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan
Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking
Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals
Service (USMS) Program pada tahun 2002.
Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah penurunan tali yang
sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Dia juga
merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The
International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI)
semenjak 1992.
Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan
bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan
lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah
Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus
Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota
SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004.
Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah
berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat
dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil
Permatang Pauh pada tahun 2008.
Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling:
The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the
Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the
Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh
Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya
adalah US National Tactical Officers Association.
Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI)
2. Noel Del Rosario
Noel telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama
lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons
And Tactics (SWAT). Dia telah menghadiri banyak seminar latihan dan
worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam
memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri
dan beberapa skil menentang terrorisme.
Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam
International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di
International Defensive Pistol Association (IDPA).
3. Alfred Sese
4. Bong Oteyza
Malam tadi, keempat-empat pengawal peribadinya ada bersama-sama Anwar
Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama beberapa orang
bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3. Turut hadir dan
memberikan ceramah adalah Ibrahim Yaakub, bekas calon PKR Parlimen
Setiawangsa merangkap Ketua Staf Pejabat Anwar Ibrahim, Dr Tan Kee
Kwong, calon PKR Wangsamaju dan Anwar Ibrahim sendiri.
Secara keseluruhan, ucapan-ucapan mereka lebih menjurus dan menekankan
tentang apa yang mereka dakwa sebagai kronisme dan korupsi serta
nepotisme termasuklah dalam isu Projek Kapal Selam, NFC, penahanan Nick
Xenophon di LCCT, isu pembinaan KLCC, pembelian kapal selam, kehilangan
enjin jet dan isu duit LTAT.
Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan keempat-empat
pula bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim
sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama
yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu
selamat?
Persoalan terbesar ialah, apa sebenarnya hubungkait antara keempat-empat
bekas pegawai tinggi ATM itu dengan keempat-empat orang pengawal
peribadi Anwar Ibrahim yang kini diketahui bukan sebarangan pengawal
peribadi? Apakah buah dan rahsia yang telah digunakan oleh
pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu sehingga empat orang bekas
pegawai tinggi ATM terpaksa menurut sahaja bagaikan anjing sawan?
Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak tepat, pakar
taktikal, pakar serangan terroris dan segala macam pakar lagi? Walhal
belum pernah di Malaysia berlaku sebarang serangan terhadap figur-figur
politik dengan Anwar Ibrahim sendiri sebagai buktinya yang bebas
bergerak ke sana ke mari? Adakah kehadiran mereka berempat membuktikan
bekas petugas keselamatan seperti anggota tentera dan polis di Malaysia
tidak mempunyai kelayakan serta kehebatan seperti keempat-empat pengawal
peribadi Anwar Ibrahim itu, walhal dari segi kejayaan, ATM dan PDRM
jauh lebih berjaya membanteras ancaman terhadap keselamatan negara dan
jenayah berbanding tentera dan polis Filiipina.
Apakah keempat-empat pengawal peribadinya itu mempunyai kaitan dengan
keengganan Malaysia untuk melatih tentera Marin Amerika Syarikat di
hutan belantara sini? Apakah keempat-empat pengawal peribadi itu
bekerjasama pula dengan keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM dari
keempat-empat sektor secara lebih akrab?
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu aktif berada di banyak
tempat sepertimana yang dipaparkan dalam gambar-gambar di bawah.
Empat pengawal peribadi Upahan dari Filipina bersama-sama pengawal peribadi Anwar yang lain.
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah