Ahad, 3 Februari 2013

Majlis Syura Pas Jawab Karpal...




Isu kalimah: Majlis Syura Pas 'tutup buku'

Majlis Syura Ulama Pas sudah 'menutup buku' terhadap isu larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan yang dibuat sebelum ini adalah muktamad dan tiada pertimbangan kali kedua.

Beliau menegaskan keputusan yang dibuat itu juga tidak bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“Tidak ada pertimbangan kali kedua akan dibuat lagi, keputusan Majlis Syura adalah muktamad dan tidak ada keputusan kedua.

“Dia (Pengerusi DAP, Karpal Singh) kena faham, di dalam Pas Majlis Syura yang menentukan polisi parti dan isu kalimah ALLAH adalah perkara dasar,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan tersebut, Nik Zawawi menyifatkan Karpal yang tidak faham mengenai sistem organisasi di dalam parti Pas.

“Ikut pandai dialah, saya sudah malas hendak komen dalam hal ini. Keputusan adalah muktamad,” katanya.

Sebelum ini Majlis Syura Pas telah memutuskan kalimah ALLAH adalah kalimah khusus yang ALLAH menamakan diri-Nya ALLAH dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Selain itu majlis itu juga memutuskan mana-mana kalimah asing tidak boleh diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...