Khamis, 7 Mac 2013

Komen TUN M Mengenai IC Sabah...



 Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku meluluskan kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah di era pentadbirannya tetapi semua dibuat berdasarkan undang-undang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa jika dipanggil menjadi saksi di RCI mengenai pendatang asing di Sabah yang bersidang sekarang.

Tun Dr Mahathir mengingatkan rakyat bahawa Tunku Abdul Rahman telah memberi lebih satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka tetapi tiada siapa persoalkan.

Rakyat perlu ingat bahawa pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing dibuat berdasarkan undang-undang dan bukan diberikan mengikut suka hati kerajaan. Sudah tentulah ada kriteria tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan terutama Jabatan Imigresen dalam membolehkan seseorang itu mendapat pengenalan sama ada secara sementara atau dalam jangka panjang.

Dalam pemikiran pembangkang, pendekatan memberikan pengenalan ini sudah tentu memberi kelebihan kepada kerajaan dalam pilihan raya sedangkan mereka tahu bahawa kelebihan itu juga boleh berpihak kepada mereka kerana undi itu adalah rahsia.


Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga mengakui bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam memberikan kad pengenalan (IC) dan kewarganegaraan kepada pendatang asing haram di Sabah walaupun tidak disuruh oleh beliau.

Dr Mahathir memberitahu beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada bekas timbalan perdana menteri itu semasa pentadbirannya untuk mengarahkan pegawai di Sabah memberikan IC dengan sewenang-wenangnya.

"Dia (Anwar) selalu mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan.

"Selalu yang berlaku berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan," kata beliau.

Menurut Dr Mahathir lagi, pegawai yang bertanggungjawab dalam projek IC di Sabah telahpun didakwa di mahkamah dan kerajaan telahpun mengambil tindakan keatas individu tersebut.

Dalam pada itu, ahli politik veteran negara tersebut juga menegaskan Anwar mempunyai kuasa dalam isu pemberian IC di Sabah dan arahan datang bukan daripada beliau yang mentadbir negara ketika itu.

"Dia telah campur tangan dalam isu tersebut," kata Dr Mahathir sambil menambah perkara yang berlaku merupakan salahguna kuasa dan telah dilaksanakan tidak mengikut lunas perundangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...