Jumaat, 1 Mac 2013

Situasi terkini Di Lahad Datu




LAHAD DATU 12.45PM: Sekurang-kurangnya dua pengikut Sultan Sulu dipercayai terbunuh manakala tiga polis cedera dalam insiden berbalas tembakan di Kampung Tanduo,di sini awal pagi Jumaat.
Menurut laporan pertama yang tersebar dari kawasan insiden, tiga polis yang cedera diterbangkan ke Sandakan.

Sehingga pukul 12.45 tengah hari Jumaat, penduduk kampung berkata mereka masih lagi terdengar bunyi tembakan.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan Malaysia masih belum mengesahkan laporan pertama yang tersebar berikutan bunyi tembakan yang kedengaran di Kampung Tanduo kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Polis juga enggan mengulas jika tembakan itu adalah langkah awal bagi mengusir lelaki bersenjata yang diketuai oleh Azzimudie Kiram, adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Cubaan The Star untuk menghubungi Azzimudie gagal tetapi dia dilaporkan sebagai berkata kepada radio Filipina kira-kira pukul 10.20 pagi bahawa mereka ditembak dan perlu mempertahankan diri.
Azzimudie mendakwa terdapat beberapa anggotanya yang cedera.



LAHAT DATU 2.30PM: Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.

Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.

Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.

“ Apa yang berlaku mulai sekarang, saya berharap tiada siapa akan menuduh pasukan keselamatan tidak memberikan ruang kepada pemberontak untuk menyelesaikan perkara itu secara aman," - Hishammuddin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...