Nampaknya, kaum Cina langsung tidak menghargai tindakan
kerajaan untuk tetap melantik wakil mereka di kabinet setelah MCA menolak
sebarang jawatan. Malah mereka
mempertikai pula perlantikan itu atas alasan wakil yang dipilih tidak mampu
menguasai Bahasa Mandarin. Persoalan
ini dibangkitkan oleh Dong Zong dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar.
Kita tidak faham kenapa mereka yang mengaku sebagai
warganegara Malaysia dan enggan digelar pendatang memerlukan wakil yang mampu
menguasai bahasa lain selain Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua negara.
Nampaknya, Dong Zong telah membuktikan bahawa kaum Cina
memang layak digelar pendatang. Dong
Zong telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa kaum Cina di Malaysia
sememangnya tidak fasih berbahasa kebangsaan.
Dalam ertikata lain, mereka telah lama meminggirkan Bahasa Malaysia dan
langsung tidak mengiktirafnya sebagai bahasa rasmi negara ini.
Ini adalah bukti jelas betapa kroniknya kesetiaan kaum Cina
kepada negara ini dan perkara ini tidak wajar diambil ringan oleh
kerajaan.
Mengupas isu ini dengan lebih mendalam, inilah dikhabarkan
kepada kerajaan bahawa kaum Cina sebenarnya memandang lantikan wakil mereka
sebagai tidak bermakna kerana apa yang mereka mahu adalah kuasa yang lebih,
iaitu di kementerian yang lebih signifikan seperti Kewangan, Pertahanan atau
Timbalan Perdana Menteri kalaupun tidak Perdana Menteri.
Sedangkan, keadaan yang sama boleh dilihat di mana-mana
negara di dunia di mana tidak mungkin kaum minoriti diberi kuasa lebih apatah
lagi dalam sebuah negara demokrasi. Hal
yang sama berlaku di Singapura di mana kaum Melayu yang jauh lebih layak juga
hanya akan diberi jawatan ‘cikai’ atau bawahan sahaja.
Amerika pula hanya baru-baru ini sahaja menerima Presiden
kulit hitam, itu pun kita cukup tahu bahawa beliau bukannya berkuasa dalam
ertikata yang sebenar. Lebih dari itu,
kaum kulit hitam di Amerika dan juga etnik-etnik lain tidak pernah mengambil
sikap memencilkan diri dari aspirasi negara.
Mereka tidak pernah memperjuangkan bahasa ibunda atau sekolah
berasingan. Malah mereka juga tidak
punya akhbar dalam bahasa sendiri.
Pendek kata, mereka tiada bezanya dengan penduduk asal negara itu, maka
kerana itu Presiden Obama mampu diterima ramai.
Malaysia tidak mampu mengikut jejak itu kerana soal
‘minoriti’ bukan merupakan satu-satunya masalah yang mengekang kaum Cina dari
mendapat kuasa lebih. Masalah yang lebih
besar ialah kaum Cina di Malaysia enggan berasimilasi dengan kaum majoriti,
serta enggan menjadi sebahagian dari aspirasi negara ini.
Kaum Cina langsung tidak menghormati asas dan dasar-dasar
negara sehingga ke tahap memperlekehkan kerajaan itu sendiri. Malah, kita juga sedia maklum bahawa mereka
cukup ‘anti’ dengan perlembagaan negara ini yang meletakkan hak istimewa
bumiputera serta agama Islam sebagai agama rasmi. Mereka juga enggan mengiktiraf struktur
negara yang meletakkan Raja-raja di tempat tertinggi. Sehingga ke hari ini, majoriti kaum Cina
langsung tidak tahu perbezaan Sultan dan Agong atau memahami adat-istiadat
rasmi negara. Pendek kata, majoriti
mereka tidak pernah menjadi sebahagian dari negara ini.
Lebih buruk, sifat rasis kaum Cina Malaysia begitu
terserlah. Tiada siapa boleh menafikan bahawa kaum Cina gemar menindas pekerja
dan peniaga kaum lain secara halus, mahupun secara terbuka. Justeru, membuka peluang kepada mereka untuk
lebih berkuasa bermakna membuka ruang untuk mereka menindas kita.
Hakikatnya, perbuatan Dong Zong mempersoal lantikan wakil
Cina tersebut merupakan kenyataan
‘keangkuhan’ kaum itu. Dengan
mempertikai kefasihan mereka berbahasa Mandarin menunjukkan bahawa Dong Zong
enggan meletakkan bahasa kebangsaan lebih tinggi dari bahasa ibunda
mereka. Dong Zong juga mahu kerajaan
tunduk sahaja kepada kemahuan mereka itu, tanpa banyak soal.
Hari ini, kita sedih melihat Perdana Menteri dicaci-hina dan
diketawakan semahu-mahunya di laman-laman web dan laman-laman sosial kaum Cina
sementara ada pihak di keliling Perdana Menteri sendiri yang meminta agar
kerajaan terus berlembut dengan mereka…