Khamis, 18 Julai 2013

Alvin, Vivian tak dibenar ikat jamin


Pasangan Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang telah mencetus kontroversi kerana mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mempamerkan gambar lucah, didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan s
elepas semua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu.

Bagi pertuduhan pertama, Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee dan Vivian atau Lee May Ling bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Avivi' satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, dan menyelerakan.') yang mengandungi logo Halal.


Kesalahan itu didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (akta 15) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, dibaca bersama seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Kompleks Mutiara Batu 31/2 di sini, antara 11 dan 12 Julai 2013, sekitar jam 10.48 malam.

Alvin yang tidak bekerja dan Vivian, yang merupakan seorang guru tadika itu turut didakwa mempamerkan gambar lucah di laman sesawang.

.
Kesalahan tersebut didakwa mengikut seksyen 5(1) Akta penapisan Filem 2002 (akta 620) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 5(2) akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Sementara itu bagi pertuduhan ketiga, pasangan kekasih itu didakwa memuat naik satu kandungan gambar yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama.


Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 298(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.


Kesalahan itu didakwa berlaku di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi antara 11 julai dan 12 Julai 2013 sekitar jam 1048 malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Baharudin, Ishak Yusuf, dan Nadia Mohd Izhar.


Tertuduh diwakili peguam Chong Joo Tian dan Wong Kee Them.

Hakim, Murtazadi Amran, tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes itu.


Pasangan itu mencetus kontrovesi ekoran penyebaran gambar mereka yang mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi) di media sosial Facebook, dua minggu lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...