KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk
menaikkan syarat kelayakkan pendapatan isi rumah bagi permohonan Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kementeriannya
sedang meneliti pelbagai cadangan yang diterima semasa konsultasi Bajet
2014 termasuk untuk menaikkan had pendapatan isi rumah bagi meluaskan
penerima bantuan berkenaan.
"Cadangan untuk naikkan syarat pendapatan itu sedang diteliti oleh
Kementerian Kewangan, tapi kita belum lagi buat keputusan mengenai
perkara ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang
bertanyakan sama ada kerajaan bercadang menaikkan jumlah syarat
tersebut.
Menurut Nawawi, kenaikkan syarat pendapatan isi rumah daripada
RM3,000 sebulan perlu dinaikkan sehingga RM5,000 bagi memastikan lebih
ramai rakyat menikmati faedah itu.
Jumlah penerima BR1M 2.0 yang diagihkan pada Februari lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas.
Pada 2012 hanya 245,000 orang terima BR1M dan melibatkan perbelanjaan RM122.4 juta.
Bagi 2013, tujuh juta isi rumah dan individu bujang memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.
Pemberian BR1M 2.0 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013.
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah