KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menolak cadangan DAP supaya memboikot pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut.
Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut berkata, parti itu tidak
akan membiarkan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi itu tanpa
bertanding dan berkata, ia akan berjuang “habis-habisan” untuk menang
dalam PRK yang genting itu.
“Isu boikot PRK tidak berbangkit. Kita akan bertanding di Kuala Besut,” kata Abdul Wahid pada sidang media di sini, Isnin.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Ahad mencadangkan PAS supaya
memboikot PRK Kuala Besut bagi membantah “taktik kotor” oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
“Kita tidak akan membiarkan Barisan menang percuma,” tambah Abdul Wahid.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam
berkata, PRK kali ini begitu genting buat Pakatan Rakyat kerana
kemenangan untuk Pakatan Rakyat akan menjadikan perolehan kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) sama sebanyak 16 kerusi bagi kedua-dua pihak.
“Situasi ini belum pernah berlaku. Kami akan menjadikan pilihan raya kecil ini dengan bermatlamat untuk membentuk kerajaan baru.
“Pakatan mempunyai satu panel penasihat undang-undang yang akan
mengkaji undang-undang dan mereka akan menasihatkan kita apakah yang
mesti berlaku sekiranya DUN tergantung. Setahu saya, ia tidak pernah
berlaku di Malaysia sebelum ini,” katanya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat, yang merupakan
Adun Paka akan menjadi Pengarah PRK Kuala Besut bagi parti itu.
Abdul Wahid turut berkata, parti itu sudah membuat senarai pendek
sebanyak tiga sehingga empat calon, dan akan mengumumkan selepas
diberitahu mengenai tarikh PRK.
PRK Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian Adun, Dr. A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun.
Pada PRU-13 5 Mei lalu, Dr. A. Rahman mempertahankan kerusi Kuala
Besut untuk BN dan menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti
2,434 undi.
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah