BEIJING
– Meminum susu ibu secara menyusu terus atau menggunakan pam payudara
kini menjadi kegilaan terbaharu golongan kaya di negara ini, lapor
beberapa akhbar.
Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah dan tidak senang dalam kalangan pengguna laman web hari ini.
Akhbar
Southern Metropolis Daily berkata, syarikat Xinxinyu di Shenzhen
menawarkan perkhidmatan itu dengan menyediakan jururawat susuan bagi
bayi, orang sakit dan orang ramai yang sanggup membayar pada kadar
tinggi untuk mendapatkan susu ibu.
“Orang
dewasa (pelanggan) boleh minum terus melalui susuan biasa atau mereka
boleh memilih untuk minum dari pam payudara jika mereka rasa malu,” kata
pemilik syarikat Lin Jun.
Seorang
pelanggan dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16,000 yuan (RM8,308)
sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat susuan. – AFP