Khamis, 17 Oktober 2013

Jasa Ali Rustam sukar dilupakan...



Tidak mungkin rakyat boleh melupakan jasa yang telah Datuk Seri Mohd. Ali Rustam lakukan bagi penduduk di Parlimen Bukit Katil dan di seluruh Melaka sepanjang 13 tahun menjadi ketua menteri.

Pelbagai kemajuan peringkan kebangsaan dan antarabangsa telah dicapai dibawah kepimpinan beliau.Antaranya Melaka Maju 2010,Negeri Terbersih,Melaka Bandar Teknologi Hijau, Melaka Sebagai Tapak Warisan Dunia ( UNESCO ),Antara Bandar Perlancongan Terbaik Dunia dan banyak lagi.

Siang dan malam Mohd. Ali bersedia menyelesaikan apa sahaja masalah penduduk di kawasan tersebut.

Baik kenduri kahwin, kematian, yang sakit, yang perlukan bantuan, anak-anak yang tidak dapat masuk institusi pengajian tinggi (IPT) semua masalah diselesaikannya.

Cakap apa sahaja yang rakyat hadapi, pasti Mohd. Ali akan menyelesaikannya.Malah sehingga kini walaupun tidak lagi menjadi Wakil Rakyat,Mohd Ali tidak pernah duduk diam..

Rakyat boleh mengadu apa sahaja masalah dengan menelefonnya, menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) atau datang ke kediamannya di Seri Bendahara yang dibuka untuk semua rakyat dari pagi hingga malam, malah awal pagi.

Masyarakat Cina dan India juga tidak pernah dianaktirikan olehnya untuk mereka turut sama menikmati apa sahaja limpahan rezeki, kemudahan dan bantuan yang masyarakat lain terima.

Sebagai anak jati kelahiran Bukit Katil sejak 63 tahun lalu, semua rakyat cukup mengenali siapa Mohd. Ali yang sebenarnya.

Teruskan sokongan anda kepada DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM

Sokonglah Datuk Seri sebagai Naib Presiden UMNO demi kelangsungan perjuangan dan pembelaan Agama Bangsa dan Negara ini.. #DAR4VP #DAR4NP



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...