Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Khamis, 17 Oktober 2013
Karpal gesa 14 hakim dengar rayuan kes kalimah Allah
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu sidang penuh 14 hakim Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penerbitan mingguan Katolik, Herald daripada menggunakan kalimah Allah.
Katanya, isu itu perlu diputuskan oleh sidang penuh dan perlu diputuskan segera kerana kes tersebut telah menimbulkan ketegangan dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Islam dan bukan Islam terutamanya penganut Kristian di negara ini.
"Masyarakat Kristian perlu diyakinkan Mahkamah Persekutuan akan dibarisi oleh hakim Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu malam.
Karpal berpendapat barisan 14 hakim itu harus disertai oleh Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara.
"Isu ini perlu diputuskan oleh mahkamah tertinggi secara muktamad," katanya.
Jelas Karpal, keputusan kes itu mempunyai kesan yang luas sehingga melibatkan penganut Sikh yang menggunakan kalimah Allah dalam kitab suci mereka.
"Ini jelas bertentangan dengan perlembagaan. Masyarakat Sikh mesti diyakinkan bahawa mereka tidak terjejas dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu," tambah beliau.
Mahkamah Rayuan pada Isnin lepas sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pertikaian penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan mingguan Katolik, Herald.
Tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang baru dilantik, Datuk Mohamed Apandi Ali berpendapat larangan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas Herald tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah itu juga berpendapat kalimah Allah bukanlah bahagian penting dalam amalan dan kepercayaan Kristian, dan membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah akan mencetuskan mudarat kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.
Keputusan tiga hakim itu bagaimanapun dikritik oleh banyak pihak antara lain kerana gagal mengambil kira penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak sejak sebelum pembentukan Malaysia. ASTRO AWANI