SHAH ALAM 25 Okt. – Polis menahan dua pengawal keselamatan dan
seorang wanita, dipercayai bersubahat dan mempunyai kaitan dengan suspek
yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral
2, Subang Jaya dekat sini kelmarin.
Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara
wanita itu pula dipercayai isterinya berusia 20-an hingga 30-an.
Kesemua suspek yang merupakan rakyat negara jiran tetapi dipercayai
menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah
di Bukit Kemuning, Klang pada malam hari kejadian.
Susulan penahanan ketiga-tiga mereka, polis turut menemui wang tunai
RM20,000 yang dipercayai sebahagian daripada RM450,000 hasil rompakan
suspek dari peti besi Ambank cawangan berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan
awal percaya selepas melarikan diri dari Ambank, suspek telah
mengagih-agihkan sebahagian kecil hasil rompakan termasuk kepada tiga
yang ditahan.
Beliau berkata, wang tunai RM20,000 itu disembunyikan mereka di
sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya dekat sini yang merupakan tempat
kerja dua pengawal keselamatan yang ditahan.
“Kita masih memburu suspek yang dipercayai masih berada di negara ini
bersama hasil rompakan dan selaras pump gun yang digunakan untuk
menembak mati mangsa.
“Siasatan kita juga percaya suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza,
37, bukan berasal dari Sabah tetapi dari negara jiran dan dipercayai
menggunakan kad pengenalan palsu.
“Kini kita sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi kad
pengenalan, serta dibenarkan menggunakan senjata api,” kata beliau
kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.
Difahamkan, suspek yang diburu berasal dari Sulawesi, Indonesia.
Sementara itu Bernama melaporkan Pengawal keselamatan yang menembak
mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang
Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua ketika
dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak
bank kepada polis.
Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.
“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.
Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak
oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank
berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal
dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala
akibat ditembak dengan pump gun oleh suspek. – BERNAMA
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah