Jumaat, 1 November 2013

Gambaran Stadium Baru JDT selepas diubahsuai secara berperingkat..



Gambaran perspektif eksklusif pertama untuk tatapan semua peminat, penyokong bolasepak dan rakyat Johor. Johor Bahru - Setelah perancangan dan persiapan teliti untuk projek menaiktaraf Stadium Larkin dilakukan termasuk segala kemudahan sampingan di kawasan persekitaran, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada hari ini telah memperkenankan untuk gambaran perspektif eksklusif pertama dikongsikan bersama kesemua peminat dan penyokong bolasepak di negeri Johor.

Projek yang akan menjadi kebanggaan semua rakyat Johor ini akan dibangunkan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan akan dinaiktaraf kapasiti dan ubahsuai secara berperingkat mulai tahun 2014 tanpa menggangu jadual perlawanan Liga Super pasukan Johor Darul Takzim pada musim hadapan. Setelah siap nanti, pengurusan stadium ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjadikan ia Persatuan bolasepak pertama di negara ini yang mempunyai stadium bolesepak sendiri dengan infrastruktur bertaraf antarabangsa khusus untuk kegunaan sukan bolasepak.

Perancangan jangka panjang akan terus dijalankan supaya bolasepak negeri Johor terus maju ke arah tahap profesionalisma antarabangsa. Mari kita sama-sama penuhkan stadium memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi dan mudah-mudahan kejayaan akan dibawa ke negeri Johor pada musim hadapan. 


Luaskan kuasamu Johor..!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...