Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Selasa, 12 November 2013
Polis Edar Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Penguat Kuasa JAIP
KUANTAN: Polis Pahang pada Selasa mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, Ahad lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.
"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi.
"Kami mengessa orang ramai membantu menyalurkan maklumat dan sekiranya mereka terserempak dengan individu yang mempunyai wajah menyerupai suspek segera menghubungi pihak polis.
"Kita juga akan bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha menjejaki suspek," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Sharifuddin berkata siasatan mendapati suspek, yang memakai baju berwarna putih merupakan individu yang memanggil Ahmad Rafli keluar daripada rumahnya untuk menyerahkan satu dokumen kepada mangsa.
"Seorang lagi suspek, berusia dalam lingkungan 40 an, melepaskan tiga das tembakan memakai jubah hitam dan berkopiah.
"Tiada maklumat diperolehi mengenai suspek ketiga - yang merupakan pemandu kereta Proton Wira Aeroback putih," katanya.
Jelasnya, tiga das tembakan yang dilepaskan terhadap Ahmad Rafli dalam insiden pada pukul 1.55 petang Ahad lalu, menyebabkan kematian suspek dihadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat sini.
Sharifuddin berkata siasatan turut mendapati Ahmad Rafli tidak pernah menerima sebarang ugutan bunuh daripada mana-mana pihak sebelum insiden tembakan itu berlaku.
Beliau mengesahkan bahawa setakat ini tiada pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' menyerah diri kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengessa 31 pengikut kumpulan Tuhan Harun menyerah diri kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan berkenaan.
Beliau berkata pihak polis telah mengenalpasti identiti pengikut kumpulan berkenaan dan mereka diminta menyerah diri dengan kadar segera.