Jumaat, 27 Januari 2017

Rafizi Fitnah Tabung Haji Lagi...!! - 2






Kelakar pula saya tengok Rafizi Ramli mengambil "victory lap", mendabik dada bahawa kononnya pendakwaan bekas CEO Tabung Haji Heavy Engineering (THHE) semalam membuktikan bahawa apa yang beiau dedahkan selama ini adalah benar dan bukannya fitnah politik: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/posts/1400640583303778:0

Ini adalah salah satu taktik murahan Rafizi Ramli untuk mengelirukan orang ramai terutamanya mereka yang tidak faham isu sebenar, mereka yang hanya tahu komen selepas melihat infografik-infografik dalam media sosial dan mereka yang tidak ada pengetahuan tentang isu kewangan, perniagaan dan ekonomi semasa.

Sepanjang tahun 2016, Rafizi Ramli membuat apa yang dia panggil pendedahan berkenaan THHE atau yang dulunya dikenali sebagai Ramunia Holdings Berhad sebuah syarikat huluan (upstream) minyak dan gas dan penyedia perkhidmatan minyak dan gas.

Pertama mari kita recall semula apa yang Rafizi Ramli dedah sepanjang tahun lepas berkenaan THHE. Saya lampirkan rujukan daripada bloig beliau mengikut kronologi tarikh dari mula hingga semalam seperti di bawah:

1. 25 Februari 2016: "PELABURAN TABUNG HAJI DI SYARIKAT KEJURUTERAAN HULUAN (RAMUNIA HOLDINGS BERHAD) CATAT KERUGIAN ATAS KERTAS RM200 JUTA, RISIKO KERUGIAN JANGKA PANJANG RM1.4 BILION" : http://rafiziramli.com/2016/02/pelaburan-tabung-haji-di-syarikat-kejuruteraan-huluan-ramunia-holdings-berhad-catat-kerugian-atas-kertas-rm200-juta-risiko-kerugian-jangka-panjang-rm1-4-bilion/

2. 26 Februari 2016: "PENAFIAN TABUNG HAJI MENGENAI “CORPORATE GUARANTEE” KEPADA THHE: SURAT KEMENTERIAN KEWANGAN MEMBUKTIKAN “CORPORATE GUARANTEE” DILULUSKAN OLEH TABUNG HAJI" : http://rafiziramli.com/2016/02/penafian-tabung-haji-mengenai-corporate-guarantee-kepada-thhe-surat-kementerian-kewangan-membuktikan-corporate-guarantee-diluluskan-oleh-tabung-haji/

3. 29 Februari 2016: "LAPORAN POLIS: PENGURUSAN TABUNG HAJI JANGAN SEMBUNYI DI BELAKANG PEGUAM NEGARA, JAWAB PRESTASI DAN RISIKO PELABURAN DI DALAM TH HEAVY ENGINEERING (THHE) DAN LAIN-LAIN" : http://rafiziramli.com/2016/02/laporan-polis-pengurusan-tabung-haji-jangan-sembunyi-di-belakang-peguam-negara-jawab-prestasi-dan-risiko-pelaburan-di-dalam-th-heavy-engineering-thhe-dan-lain-lain/

4. 13 Julai 2016: "TABUNG HAJI TERDEDAH KEPADA KERUGIAN RM554 JUTA DI DALAM TH HEAVY ENGINEERING BERHAD" : http://rafiziramli.com/2016/07/tabung-haji-terdedah-kepada-kerugian-rm554-juta-di-dalam-th-heavy-engineering-berhad/

5. 15 Julai 2016: "TABUNG HAJI PERLU LUPUS PELABURAN DALAM TH HEAVY ENGINEERING" : http://rafiziramli.com/2016/07/tabung-haji-perlu-lupus-pelaburan-dalam-th-heavy-engineering/

6. 25 Julai 2016: "DS NAJIB GUNA RM740 JUTA WANG RAKYAT UNTUK SELAMATKAN TH HEAVY ENGINEERING AKIBAT KEPUTUSAN PELABURAN TABUNG HAJI YANG SALAH" : http://rafiziramli.com/2016/07/ds-najib-guna-rm740-juta-wang-rakyat-untuk-selamatkan-th-heavy-engineering-akibat-keputusan-pelaburan-tabung-haji-yang-salah/

7. 26 Julai 2016: "DATO’ SERI NAJIB ANUGERAH KONTRAK RM740 JUTA KEPADA TH HEAVY ENGINEERING (THHE) UNTUK BINA KAPAL PERONDA WALAUPUN THHE TIDAK ADA PENGALAMAN" : http://rafiziramli.com/2016/07/dato-seri-najib-anugerah-kontrak-rm740-juta-kepada-th-heavy-engineering-thhe-untuk-bina-kapal-peronda-walaupun-thhe-tidak-ada-pengalaman/

Di atas adalah siri "pendedahan" Rafizi Ramli yang berkisar tentang kerugian pelaburan, jaminan korporat, penganugerahan kontrak kapal peronda oleh kerajaan kepada THHE - Destini (syarikat usahasama THHE dan Destini).

Kemudian pada November lepas apabila SPRM mengumumkan bahawa beberapa individu termasuk bekas CEO THHE ditangkap kerana disyaki menerima wang suapan, Rafizi Ramli dengan yakin meminta SPRM menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji: http://rafiziramli.com/2016/11/siasatan-sprm-ke-atas-bekas-ketua-pegawai-eksekutif-tabung-haji-heavy-engineering-siasat-individu-lain-yang-terlibat-dalam-keputusan-pelaburan/

Kemudian semalam bekas Ketua Pegawai Eksekutif tersebut didakwa di mahkamah seperti yang saya yakin ramai telah maklum.

TETAPI,

Elok jika kita baca kenyataan media daripada SPRM tentang pendakwaan ke atas CEO tersebut: http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/1901-bekas-ceo-thhe-disiasat-sprm-didakwa-pecah-amanah-rm2-5-juta [Rujuk Gambar kalau malas nak bukak link]

"Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering (THHE) Bhd. yang pernah ditahan bagi
membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada November tahun lalu,
didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang bernilai RM2.5 juta di Mahkamah Sesyen Khas
Rasuah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini."

"Mengikut pertuduhan pertama hingga lima, Nor Badli Munawir sebagai CEO THHE telah melakukan pecah
amanah terhadap lima keping cek masing-masing bernilai RM400,000, RM570,000, RM430,000,
RM600,000 dan RM575,800 pada tarikh berasingan.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pejabat THHE Fabricators Sdn. Bhd. Tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar antara April hingga Oktober 2013."

Bekas CEO THHE ini melakukan pecah amanah (criminal breach of trust melibatkan wang bernilai RM2.5 juta melalui lima keping cek antara April hingga Oktober 2013.

Jadi sekarang, apa kaitan bekas CEO THHE ini menerima suapan dengan pendedahan Rafizi Ramli sepanjang tahun lepas yang hanya berkisar tentang kerugian pelaburan, risiko kerugian pelaburan dan juga penganugerahan kontrak kapal peronda?

Tidak ada kaitan.

Rafizi Ramli tidak pernah mendedahkan tentang rasuah atau wang suapan oleh sesiapa di dalam THHE, sebaliknya Rafizi Ramli hanya mendedahkan sesuatu perkara yang mendedahkan Tabung Haji kepada risiko kerugian sahaja.

Adakah pertuduhan pecah amanah RM2.5 juta ini yang menyebabkan Tabung Haji sudah atau akan kerugian beratus juta seperti "pendedahan" Rafizi Ramli tahun lepas? Adakah tuduhan bahawa bekas CEO THHE ini menerima suapan RM2.5 juta yang menyebabkan THHE Destini mendapat kontrak untuk membina kapal peronda? Dan yang paling utama adakah kes bekas CEO THHE ini akan mengakibatkan pendeposit Tabung Haji kekurangan atau kehilangan wang simpanan mereka di dalam Tabung Haji?

Saya minta Rafizi Ramli jawab soalan saya sebelum mendabik dada dan berbangga-bangga kononnya pertuduhan ke atas Nor Badli Munawir semalam membuktikan bahawa beliau tidak memfitnah Lembaga Tabung Haji. 

Nampak tak permainan kotor Rafizi Ramli cuba menjadikan isu rasuah yang tidak ada kena mengena dengan pengurusan pelaburan Tabung Haji untuk membayangkan kepada orang ramai bahawa dia sebenarnya betul.

Orang yang tidak membaca dengan teliti pasti akan cakap "betul la selama ini apa yang Rafizi Ramli dedahkan."

Orang yang membaca dengan lebih mendalam tidak akan jumpa kaitan pendedahan Rafizi Ramli dengan kes pecah amanah bekas CEO THHE bernilai RM2.5 juta.

Rafizi Ramli hanya menggunakan berita pertuduhan ini untuk mengaburi mata orang ramai dengan mengeluarkan sedikit fakta dan menyorokkan fakta yang lain. Lihat sahaja ayat-ayat yang digunakan di dalam grafik beliau. Kenapa tidak upload kenyataan media yang penuh daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya?

Saya harap lebih ramai orang islam sedar dan tidak lagi percaya bulat-bulat apa Rafizi Ramli kata.

Seperti saya terangkan semalam dan sebelum-sebelum ini, duit deposit anda di dalam Lembaga Tabung Haji dijamin oleh kerajaan 100%. Apa-apa jadipun duit anda tidak akan diusik dan tidak akan berkurang (tak termasuk pengeluaran sendiri) walau Lembaga Tabung Haji kerugian besar mana pun (Tabung Haji untung tak pernah rugi).

Ini tidaklah bermakna saya tidak kisah JIKA ADA penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa di dalam Tabung Haji. Jika ada, lapor kepada pihak berkuasa, kemukakan bukti biar disiasat dan didakwa.

Isunya adalah cuba memutarbelitkan fakta, memilih fakta-fakta tertentu dan menyembunyikan sebahagian yang lain atau orang putih kata "cherrypicking".

Inilah modus operandi Rafizi Ramli selama ini.

Buka mata anda semua, bagitau saudara mara rakan taulan. Jangan terpedaya lagi dengan taktik kotor murahan Rafizi Ramli yang tidak akan berhenti menyerang institusi-institusi agama dan bangsa. Kita mesti tolak pemfitnah yang menyerang badan yang menguruskan dana untuk umat Islam di negara untuk mengerjakan rukun islam ke-5.

#FactCheck #SemakFakta #TabungHaji

Kredit - SYAHIR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...