Rabu, 8 Februari 2017

Kenapa (kebanyakan) orang Cina benci sangat dengan DS Najib..??



Saya bersembang dengan seorang sahabat berbangsa Cina dan saya bertanya, "Kenapa (kebanyakan) orang Cina benci sangat dengan DS Najib."

Jawabnya...(di alih bahasa dari bahasa Inggeris).

"Kalau di kaji sejarah, trend orang Cina mengundi parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional adalah rendah, paling tinggi 30%, melainkan undian untuk BN PRU tahun 1999.

Kemarahan ini telah menular sejak berdekad lamanya, terbit dari pelancaran Dasar Ekonomi Baru dan di tokok-tambah dengan pelbagai dasar Kerajaan yang mengutamakan kedudukan kaum Bumiputra.

Selama ini, orang Cina tidak berani meluahkan kemarahan dan kebencian mereka terhadap Kerajaan kerana tidak mempunyai lorong suara di tambah lagi takut di penjarakan di bawah undang-undang.

Tetapi sekarang dengan adanya media sosial dan suasana perundangan yang lebih longgar, bangsa Cina lebih berani di dalam menyuarakan kemarahan mereka.

Mereka juga merasa terancam dengan penerapan nilai-nilai dan budaya Islam  di kalangan masyarakat beragama Islam di negara ini.

MCA yang dulunya di kuasai oleh towkay-towkay yang bersekutu dengan UMNO juga sudah hilang pengaruh mereka di dalam komuniti Cina.

Ironinya, rakyat marhein bangsa Cina juga telah meningkat kelas sosio-ekonomi mereka di atas perkembangan ekonomi negara di bawah pentadbiran Kerajaan BN/UMNO.  

Towkay-towkay Cina dari MCA tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas golongan ini. Golongan ini juga di di fikirkan MCA terlalu tunduk kepada UMNO.

Kemarahan yang terpendam ini di ekspolitasikan oleh DAP dan DAP memang di dalam ceramah-ceramahnya mengalakkan penyokong-penyokongnya membenci Kerajaan.

Kesemua faktor-faktor ini bercampur-aduk dan di lambakkan secara emosional kepada DS Najib.

Mereka fikirkan jika DS Najib di jatuhkan, semua masalah mereka akan selesai. 

Namun, sekarang sudah berputik segolongan bangsa Cina yang sudah muak dengan 'Najib, Najib, Najib, Najib dan tidak habis Najib'." - Saiful Bahri Baharom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...