Ahad, 9 April 2017

Kalau Khairuddin Yang Jadikan Mahathir Sebagai Idola Pun Tak Percaya Parti Pribumi, ‘Apa Mau Cerita Lagi?’



“Kalau Tun Mahathir itu mentor dan boss Khairuddin berpuluh-puluh tahun dan Khairuddin pun tak percaya dan yakin pada PPBM, maka apa mahu cerita lagi,” kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.
Khairuddin sejak sekian lama menjadi penyokong kuat Dr Mahathir dan beliau juga merupakan penerbit kepada sebuah buku kontroversi bertajuk ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’.
Beliau walaubagaimanapun menafikan pernah menerbitkan buku tersebut sungguhpun pernah membuat kenyataan bersekongkol dengan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar untuk menerbitkan buku berkenaan.
“Saya berani bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi orang yang bersekongkol dengan saya pada 1998 bagi menerbitkan buku itu ialah bekas Presiden PAS, Mahfuz dan Mat Sabu.
“Ini tiga pemimpin PAS yang bergabung dengan saya bagi menerbitkan buku 50 dalil melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan,’’” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia pada tahun 2013.
Mengulas lanjut mengenai tindakan Khairuddin yang kini membelakangi Dr Mahathir dan menubuhkan Parti Bebas Rasuah (PBR) bersama Ezam Mohd Noor, Cheng Guan mengakui tindakan bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan ini adalah pelik.
“Saya pun banyak hairan kenapa Khairuddin dan Ezam tak nak terus join (sertai) PPBM sahaja. Apakah PPBM ini terdiri dari pemimpin yang kuat rasuah sehingga Ezam dan Khairuddin tak percaya pada PPBM?” soalnya dipetik kenyataan di Facebook beliau.
PBR diterajui oleh Ezam selaku Presiden dan Khairuddin sebagai Timbalan Presiden menyasarkan untuk bertanding di dua kawasan sahaja iaitu di Parlimen Pekan untuk menentang kerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan di Parlimen Titiwangsa yang kini disandang oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.
Kedua-dua mereka juga telah menghantar permohonan untuk bertanding dibawah tiket Pakatan Harapan dan menjadikan PBR sebagai salah satu parti komponen pakatan pembangkang tersebut.
“Kami letak harapan tinggi dan doa majlis presiden buat pertimbangan sewajarnya ke arah hendak luluskan permohonan kami nak jadi rakan PH.
“Kami dalam proses nak tukar nama kepada parti bebas rasuah dan masih diperimbangkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” kata Khairuddin dipetik portal berita.
Khairuddin dalam pada itu turut membidas Cheng Guan yang menggelarkan warga Pulau Pinang itu sebagai tidak relevan, penyangak dan tiada kredibiliti.
Membalas tuduhan yang dilemparkan oleh Khairuddin, Cheng Guang menyifatkan Khairuddin seperti ‘panas punggung’ akibat tidakannya bersekongkol dengan parti yang mengamalkan rasuah sungguhpun beliau menubuhkan parti bebas rasuah.
“Dia kata saya penyangak, sebenarnya siapa yang penyangak?. Parti baru yang dok heboh satu dunia pun bukannya dapat kelulusan dari Pertubuhan Pendaftar (RoS) pun.
“Kalau Ayam sudah bertelur dan bising satu kampung, kita bolih menerimanya. Kini telur pun tak ada dan apa pun tak ada lagi tapi dan heboh sini dan sana,” katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...