Jumaat, 21 April 2017

Kerusi 'hinggap' di kepala murid


Penampang: Murid lelaki tahun dua cedera di kepala sehingga menerima lapan jahitan selepas terkena kerusi kayu yang dibaling guru di sekolah kebangsaan, di sini, hari ini.

Ibu mangsa dikenali sebagai Wawa, 35, mendakwa kejadian pada kira-kira 9 pagi.

Katanya, guru terbabit dipercayai hendak membaling kerusi ke arah murid lain tetapi terkena anaknya.

Berikutan itu itu, murid berkenaan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Maimunah Suhaibul, berkata pihaknya sudah menerima maklumat berhubung kejadian itu.

"Bagaimanapun, kita serah kepada polis untuk siasatan lanjut kerana kami difahamkan ibu bapa sudah membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...