Isnin, 10 April 2017

Kahwin PEROGOL,kenyataan Datuk Shabudin terus di SPIN...



PENULIS asalnya agak tak faham apa yang susah sangat nak hadam kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor , Datuk Shahbudin Yahya di Parlimen minggu lepas mengenai perogol – dalam kes statutory rape, berkahwin dengan mangsanya.  

Statutory rape ni maksudnya lebih kurang, kes hubungan seks dengan budak perempuan bawah umur – walaupun sukarela (tanpa paksaan) masih dianggap rogol dibawah undang-undang negara kita.

Yang dimaksudkan Shahbudin bukan kes rogol cara paksaan seperti yang puak-puak ini fahamkan.  

Dahlah begitu, kahwin, kahwin, hukuman tetap jalan.  Lainlah kalau kahwin lepas dari itu boleh lepas dari hukuman.  

Tak sebut lagi tentang dengan mendapat kebenaran mahkamah dan sebagainya. 

Semua ini jelas dalam video ketika perbahasan itu dibuat dan penjelasan yang diberikan selepasnya.

Jadi dimana masalahnya?  Tak hairan di kalangan orang Melayu sendiri yang telah menonton dan membaca penjelasan Shahbudin, takde timbul isu apa pun. 

Kalau tak Shahbudin cakap pun, perkara itu (mengahwinkan perogol dengan mangsanya dalam kes-kes statutory rape), seringkali berlaku dalam masyarakat kita.

Di hujungnya, benda mudah saja tapi berulang kali dijelaskan masih puak-puak berkaitan DAP ini buat tidak faham.  

Ini pun satu hal, puak-puak ni yang kita tahu nak cakap dalam bahasa Melayu pun begitu sukar, tapi bab menafsir (sehingga ke tahap terbelit) kenyataan yang dibuat dalam bahasa Melayu, macam dialah sasterawan negara.  

Tak hairanlah, dari semua kenyataan yang mengecam Shahbudin setakat ini, semuanya bersandarkan laporan media jenis tak faham ini tadi semata-mata, tak siapa dari mereka yang mengulas tentang perbahasan itu sendiri.

Justeru, penulis melihat perkara ini bukan sangat apa yang Shahbudin cakap tapi satu cara untuk lepas geram ke atas ahli parlimen ini kerana mendedahkan skandal pembelian rumah di bawah harga pasaran, sebagai balasan menukar status tanah Taman Manggis yang boleh membuatkan Tokong kembali ke penjara.  

Tokong tu, nama besar, Ketua Menteri pulak lagi tapi Shahbudin satu orang boleh buat dia jadi banduan berulang, mana tak geram ye tak?

Itu saja perkaranya – politik.  Dan sememangnya putar belit macam ini ada pengaruh di kalangan sesetengah kita – DAP tahu itu. 

Bayangkanlah,ada orang dituduh sebagai pembunuh hanya dengan kata-kata dan sekeping kertas yang boleh dibuat-buat.

Faham macam itu sudah.

Salinan HANSARD parlimen semasa perbahasan usul tersebut.



Provokasi dan FITNAH oleh RBA terhadap Datuk Shabudin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...