Rabu, 5 April 2017

Rafizi tidak tahu nilai ambil alih Splash


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat Gerakan Selangor terhadapnya hari ini.
Bagaimanapun, Rafizi berkata pihak itu terlebih dahulu perlu menyemak kembali fakta mengenai pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).
Katanya, selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambilalih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau tidak terlibat secara langsung dalam urusan pembelian syarikat konsesi itu.
"Saya tidak tahu apa nilai yang dipersetujui tetapi jelas RM200 juta adalah nilai yang ditawarkan oleh pentadbiran sebelum ini (Khalid Ibrahim).
"Saya fikir Gerakan Selangor perlu mempertimbangkan angka 11 kali itu apabila mereka memetik bahawa kerajaan Selangor membayar 11 kali ganda daripada tawaran asal.
"Saya fikir mereka perlu pergi kepada laporan asal dan memeriksa semua laporan akhbar yang menunjukkan terdapat pertikaian besar ke atas jumlah tawaran tersebut," kata Rafizi kepadaMalaysiakini.
Gerakan Selangor hari ini menggesa SPRM menyiasat Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan kerana mungkin terlibat dengan rundingan pengambilalihan aset air Selangor sehingga wujud konflik kepentingan.
Pengerusinya Datuk David Ang Chin Tat berkata, Selangor meluluskan RM2.7 bilion untuk pengambilalihan ekuiti Splash – 11 kali lebih tinggi daripada yang ditawarkan Khalid Ibrahim.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau bagaimanapun bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM.
"Malah, jika Gerakan Selangor tidak boleh mengira saya fikir Gerakan perlu belajar lebih lanjut mengenai bagaimana untuk menilai sesebuah syarikat," katanya.

Azmin sebelum ini ilapor mendakwa Khalid 'menyorokkan' nilai tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada Splash melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan 19 Julai 2009.
Dakwa Azmin, Khalid sebaliknya hanya menguar-uarkan nilai tawaran ke atas ekuiti syarikat konsesi berkenaan sebanyak RM250.6 juta.
Khalid pula berkata tawaran berjumlah RM2.975 bilion kepada Splash adalah nilai merangkumi ekuiti berjumlah RM1.579 bilion dan liabiliti RM1.396 bilion.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...