Sabtu, 13 Mei 2017

Al-Qur’an Tidak Larang Homoseksual – Afiq M Noor






Putrajaya: Muhammad Afiq Mohamad Noor, bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpendapat bahawa ulama’ sering berat sebelah apabila mengeluarkan hukum terhadap perbuatan LGBT bahawa perbuatan ini adalah salah kerana merujuk kepada kisah kaum Nabi Lut di dalam Qur’an. 

Menurutnya keseluruhan kaum Nabi Lut telah diazab kerana perbuatan mereka melawan Nabi mereka dan bukan kerana kesalahan homoseksual. 

Ini kerana cerita Nabi Lut sering disebut seiringan dengan kisah Nabi-Nabi lain. Contoh yang diberikannya, kaum Nabi Salleh diazab kesemuanya kerana membunuh seekor unta betina. 

Nyata hukum membunuh seekor unta pada zaman sekarang ini, mengikut ulama tidak sama seperti hukum untuk LGBT.

 Jadi membunuh unta itu, bukan satu kesalahan tetapi perbuatan melawan Nabi Salleh itu yang menjadi satu kesalahan yang dihukum Allah. 

“Apabila Allah mengazab kaum Nabi Salleh kerana seekor unta betina yang dibunuh tidak pula ulama’ mengeluarkan hukum terhadap pembunuhan unta tetapi prinsip yang sama tidak digunakan dalam kes Nabi Lut”, tegas Muhammad Afiq. 

Menurut Afiq, umat Islam sering berpendapat bahawa LGBT itu adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Islam dan itulah satu-satunya pendapat yang ada, sedangkan terdapat juga pendapat yang lain

“Jika kita bercerita tentang LGBT dari perspektif Islam seolah-olah ada hanya satu pendapat iaitu LGBT, ini adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Islam. Itu yang kita semua faham”, kata Afiq. 

Menurut Afiq, tafsiran kepada hadith juga merupakan andaian manusia dan tidak semestinya menyatakan realiti sebenar. 

Beliau memetik hadis dari Anas bin Malik yang berbunyi, “Dari Anas bin Malik RA, bahwa seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW, maka seorang lelaki (lain) melintasinya, dan ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai orang ini.”

 Maka Nabi SAW bertanya, “Apakah kamu telah memberitahukannya?'” Ia menjawab, “Belum”, lalu beliau bersabda, “Beritahukanlah kepadanya. ” (Perawi) berkata, “Maka orang (yang di sisi Nabi SAW) itu mengejarnya, seraya berkata, “Aku mencintaimu kerana Allah.” Orang itu menjawab, “Semoga yang kerana-Nya kamu mencintaiku akan mencintaimu.”

 “Bila kita baca hadith, ianya macam satu cerita pendek, kadang-kadang kita tak tahu kenapa Rasulullah sebut macam itu, kadang-kadang ianya merupakan andaian manusia,tetapi maksud hadith ini kita tidak tahu, adakah dia suka orang itu sebagai sahabat ataupun “macam-macam” suka dia”, ujar Afiq lagi. Afiq menyatakan pendapat beliau bahawa terdapat khilaf dalam isu LGBT dan jika seseorang itu beranggapan bahawa hanya terdapat satu hukum iaitu haram maka jelas orang itu salah.

 Tambah beliau lagi, liwat adalah tidak sama dengan perbuatan homoseksual,ini kerana bagi beliau liwat adalah satu usaha untuk merogol atau mencederakan dengan tujuan menghina dan bukan sesuatu yang dilakukan atas prinsip suka sama suka.

 “Saya tak jumpa satu hadith spesifik tentang hukuman homoseksual, tak ada, tetapi untuk hukuman liwat ada.”



video 


video
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...