Isnin, 8 Mei 2017

Hutang 1MDB, Ringgit dan Ekonomi




Apabila IPIC dan 1MDB bersetuju untuk tidak meneruskan proses timbangtara melalui London Court of International Arbitration tentang pertikaian RM6.5 billion banyak pemimpin pembangkang yang mempertikaikan keputusan tersebut.

Tony Pua mengatakan bahawa kerajaan/pembayar cukai akan terpaksa membayar dua kali jumlah hutang 1MDB hasil daripada penyelesaian di luar mahkamah oleh 1MDB dengan IPIC.

Logiknya kalau kerajaan terpaksa membayar dua kali jumlah hutang 1MDB yang menjadi pertikaian iaitu US$3.5 billion, maka perbelanjaan kerajaan akan meningkat, defisit fiskal kerajaan akan meningkat dan hutang kerajaan akan meningkat.

Kebiasaannya jika pelabur menjangka kerajaan terpaksa meningkatkan perbelanjaan, defisit dan hutang, mereka akan menjual pegangan bon atau sekuriti kerajaan dan harga bon kerajaan Malaysia akan menurun (yield akan meningkat).

Tetapi sebaliknya berlaku sejak penyelesaian di luar mahkamah itu diumumkan pada 25 April 2017, yield bon kerajaan menurun (harga bon kerajaan meningkat). Atau dengan erti kata yang lain lebih banyak pelabur membeli bon kerajaan.

Dalam masa yang sama juga Ringgit merupakan matawang terbaik di Asia pada bulan April mencatatkan kenaikan 1.5% berbanding US Dollar lebih tinggi daripada mana-mana matawang Asia yang lain.

Singapore Dollar menyusut berbanding Ringgit dan mencecah paras terendah bagi tahun 2017.

Ini membuktikan bahawa pelabur tahu bahawa kerajaan tidak akan terlibat membayar hutang 1MDB dengan menambah perbelanjaan atau hutang kerajaan.

Ringgit meningkat berbanding US Dollar secara slow and steady sejak kebelakangan ini. Malaysia tidak perlukan Ringgit untuk mengukuh secara mendadak kerana harga minyak mentah dunia masih di paras 50% lebih rendah daripada harga sebelum ia jatuh pada 2014.

Lebih baik peningkatan Ringgit berbanding US Dollar ini berlaku secara perlahan dan mengikut fundamental ekonomi yang sebenar.

Malaysian Institute of Economic Research (MIER) juga meletakkan Ringgit pada paras 4.20 sebagai nilai saksama/fair value. Maksudnya Ringgit masih undervalued dan sepatutnya berada pada paras 4.20. 

Sudah masuk tahun ke-3 Ringgit atau USDMYR melebihi paras 4.00 tetapi ekonomi Malaysia masih berkembang, eksport Malaysia terus berkembang pesat, gaji pekerja di Malaysia juga meningkat. Tidak ada berlaku kegawatan atau kemelesetan ekonomi atau negara bankrap seperti yang diramal oleh sesetengah ahli politik dan "pakar-pakar ekonomi" di dalam media sosial.

Lebih baik percaya dengan trend pasaran, keyakinan pelabur dan petunjuk ekonomi sebenar daripada percaya pakar ekonomi mee segera.

Syahir







Rujukan:

1. 1MDB and IPIC reach agreement over US dollar bonds: The Star: http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/04/25/1mdb-and-ipic-reach-agreement-over-us-dollar-bonds/#iGrWyTc0qYHKotAm.99

2. Settlement shows Malaysians will pay double what 1MDB owes: Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/380192#ixzz4gTH7yuYR

3. Malaysia Government Securities Historical Yields: BNM Bond Info: http://bondinfo.bnm.gov.my/portal/server.pt?open=514&objID=41920&parentname=CommunityPage&parentid=2&mode=2

4. Peso and Ringgit Finally Flourish and Spur Equity Gains: Bloomberg: https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-05-01/battered-ringgit-and-peso-finally-flourish-and-spur-equity-gains

5. Singdollar at lowest this year against ringgit: Today Online: http://www.todayonline.com/business/singdollar-lowest-year-against-ringgit



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...