Jumaat, 12 Mei 2017

Pandu lawan arus: Model sambilan bebas pertuduhan masukkan dadah dalam badan



BUKIT MERTAJAM: Mahkmah Majistret Bukit Mertajam hari ini melepas dan membebaskan model sambilan, Ng Pei Ven, atas kesalahan mengambil dadah jenis amphetamine semasa memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut di KM 134 Lebuhraya Utara Selatan  dekat Permatang Pauh pada Mac lalu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati ujian air kencing tertuduh negatif  selepas diberitahu Timbalan Pendakwaraya.

Majistret Jamaliah Abd Manap kemudiannya memerintahkan supaya wang jaminan sebanyak RM5,000 dikembalikan.

Pada 17 Mac lepas, Pei Ven mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis amphetamine sewaktu kejadian.

–– ADVERTISEMENT ––
Mengikut pertuduhan, Pei Ven didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine (syabu) ke dalam badan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah kira-kira jam 5 petang pada 14 Mac 2017.

Bagi kesalahan itu dia dituduh dibawah seksyen 15 (1) (a)Akta Dadah Berbahaya 1952 .

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua iaitu memandu dibawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Tertuduh diwakili peguam Parmjit Singh Mahinder.

Dalam insiden 7.50 pagi 14 Mac lepas, suspek memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.

Dia kemudian merempuh sebuah Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.


astroawani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...