Rabu, 10 Mei 2017

Petrol turun lagi minggu ini..?




Mengikut pengiraan kasar saya purata harga RON95 dari 4 Mei sehingga 9 Mei adalah RM2.00/liter.

Purata MOPS95 lebih rendah $2 berbanding minggu sebelumnya. Ringgit pula sedikit rendah berbanding US Dollar tetapi purata tidak berubah iaitu kekal 4.33xx.

Minyak mentah brent masih juga lebih rendah sepanjang 4 hari bekerja yang lepas berbanding 4 hari bekerja sebelumnya (cuti hari pekerja 1 Mei).

Harga minyak mentah brent jatuh ke paras terendah sejak November yang lepas iaitu di bawah $50 per barrel yang berpunca daripada ketidaktentuan penyambungan pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan negara pengeluar minyak bukan OPEC dan juga jangkaan bahawa permintaan minyak global akan terus lemah.

Saya jangka harga RON95 akan turun lebih daripada 5 sen. Ada kebarangkalian untuk jatuh 10 sen macam minggu lepas tapi tak mungkin lebih daripada 10 sen.

Sudah masuk minggu ke-7 harga petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan dan sepanjang 6 minggu itu, berlaku 3 kali kenaikan dan 3 kali penurunan.

Jikalau harga petrol dan diesel masih ditetapkan secara bulanan sudah tentu kita perlu menunggu sehingga hujung bulan untuk menikmati penurunan harga petrol dan diesel.

Walaubagaimanapun sehingga hari ini kerajaan masih tidak membenarkan pengusaha stesen minyak menjual harga lebih rendah daripada "harga siling" yang ditetapkan dan saya juga tak tahu kenapa walaupun ianya diwarwarkan sebegitu sebelum dilaksanakan bulan lepas.

Apa-apapun, kita kena ingat apabila harga minyak mentah dunia jatuh, memang kita akan menikmati harga petrol runcit lebih rendah, tetapi jangan lupa dalam masa yang sama hasil kerajaan juga akan menurun, pendapatan Petronas juga akan jatuh. 

Setiap sesuatu yang berlaku ada pro dan cons nya untuk setiap kumpulan yang berbeza. 

SYAHIR

RUJUKAN:
1. Brent Crude Oil: Bloomberg: https://www.bloomberg.com/quote/CO1:COM

2. USD/MYR Exchange Rate: BNM: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=stats_exchangerates&lang=en&StartMth=5&StartYr=2017&EndMth=5&EndYr=2017&sess_time=1700&pricetype=Mid&unit=rm

3. Oil settles at $45.88, down 1.2%, on concerns about rising US supply, weak demand: CNBC: http://www.cnbc.com/2017/05/08/oil-prices-edge-up-in-anticipation-of-extended-crude-output-cut.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...