Jumaat, 23 Jun 2017

DRB-Hicom, Geely jalin 7 bidang kerjasama



KUALA LUMPUR: Pakatan strategik antara Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zheijiang Geely Holding Group (Geely Holding) akan merangkumi tujuh bidang kerjasama.

Ia susulan pemeteraian Perjanjian Definitif di antara DRB-HICOM dan Geely Holding yang memuktamadkan persetujuan kedua-dua pihak sebagai rakan strategik bagi menjual 49.9 peratus saham PROTON Holdings Bhd (PROTON), pagi ini. 

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar, berkata tujuh bidang kerjasama yang dipersetujui adalah seperti berikut; * PROTON boleh memiliki akses kepada model, platform dan teknologi Geely.

* PROTON berpeluang menembusi pasaran luar terutama ASEAN dan China. 

* Pusat penyelidikan dan pembangunan R&D PROTON diiktiraf salah satu pusat global R&D Geely.

* PROTON akan menjadi hub pembuatan bagi kenderaan panduan kanan bagi Geely.

* Vendor tempatan berpeluang mengembangkan sayap ke peringkat dunia dengan dimasukkan sebagai pembekal komponen global bagi Geely.

* Kilang PROTON di Tanjung Malim akan memasang model Volvo jika ada lebihan kapasiti. 

* Tenaga kerja PROTON berpeluang menimba pengetahuan di pusat penyelidikan dan pembuatan Geely di Shanghai, California, Gothenburg dan Barcelona. 

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Syed Faisal Albar yang mewakili DRB-HICOM dan Pengerusi Geely Holding, Liu Shufu, dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...