Sabtu, 24 Jun 2017

THE ORIGINS : 1MDB PART 2



Daripada Laporan Prosiding PAC 2015, kita tau yg Low Taek Jho ("JHO LOW") ialah penjaga kepentingan pelaburan Prince Turkey dan syarikat Petrosaudi. 

Ni jelas dilihat bila Jho Low dikatakan dijemput mewakilkan syarikat Petrosaudi dan Prince Turkey di dalam sebuah mesyuarat 1MDB.

"SIAPAKAH JHO LOW DAN PERANANNYA"

Jho Low ialah antara penasihat Tuanku Sultan Mizan yg membantu mengasaskan Terengganu Investment Authority ("TIA"). Dia ni  seorang merchant banker graduated drpd Harrow School di England,  The Wharton School of Business, dan University of Pennsylvania, di  Amerika.

Bersekolah di sekolah elit di England, Dia fasih berbahasa Arab, sebab dia berkawan dgn kawan2 elit kerabat Diraja Arab sejak zaman sekolah lagi.

Jho Low ni diketahui specialize dlm hubungan dgn keluarga2 Diraja  Timur Tengah sejak sebelum zaman 1MDB, TIA malah sebelum zaman Najib jadi PM pon. Sbgai contoh:

■  Pada 2006, Jho Low masa tu mewakili Kuwait Finance House berjumpa dgn Khazanah utk membeli kepentingan Khazanah di dalam RHB Bank Berhad.

■  Dia juga tubuhkan syarikat usahasama bersama 3 syarikat Arab iaitu Mubadala Development Company PJSC (Abu Dhabi), Aldar Properties PJSC (Abu Dhabi), dan Saraya Holdings (Kuwait/Saudi) yg diberi nama Iskandar (Holdings) Company Ltd dgn pegangannya diwakili oleh syarikatnya Butamba Investment.

■  Sekitar 2007, 2008 pula Jho Low sgt famous dgn usahasama rakan niaga Arab iaitu syarikat Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corp ("ADKMIC") yg dah beli beberapa syarikat public listed,

i) Loh & Loh Berhad dan 
ii) PutraJaya Perdana dan 
iii)  UBG Group (pegangan majoriti)

■  Mei 2008 pulak Jho Low membantu Abu Dhabi Commercial Bank beli 25% pegangan KWSP di dalam RHB Bank Berhad bernilai RM3.876 billion (US$1.23 billion) masa tu.

Jho Low ni peranan dia mcm wakil penjaga kepentingan pelaburan Pak2 Arab di Malaysia dan Amerika. Semua ni sebelum zaman 1MDB dan sebelum YAB Najib jadi PM pon.

Sbgai banker kpd sheikh2 elit Arab, tak hairan lansung jika mampu membeli aset hartanah di New York atau, London atau melabur di syarikat pembuat filem Hollywood mahupun membeli artpiece yg mewah.

"TEMPOH DI TIA"

Semasa khidmatnya di TIA, dia dilantik menyertai Board of Advisors syarikat. Khidmatnya tamat pada May 2009 dan tidak diserap ke dalam Board of advisors 1MDB semasa pengambilalihan oleh kerajaan pusat pada September 2009. Jho Low tidak pernah terlibat dengan 1MDB.

Personally saya rasa perkhidmatan Jho Low di TIA hanyalah utk berkhidmat kpd Tuanku Sultan Mizan dan apabila dipindah milik kpd kerajaan pusat, dia tak lobby utk perlantikan semula. Kita tahu seperti Sultan Mizan, Jho Low hanya berkhidmat utk kerabat2, Putera2 dan Sultan saja. -  Syed Agil




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...