Rabu, 11 Oktober 2017

Bagaimana Mahathir memindahkan berbilion-bilionya

 Carta (gambar 2) menunjukkan bagaimana wang US$5 juta disalurkan ke Amerika Syarikat, dan juga bagaimana mereka membuat bayaran-bayaran lain seperti kepada Sarawak Report dan sebagainya. 

❎ Sebenarnya, Daim memiliki pelbagai bank di seluruh dunia dan melalui bank-bank ini, wang telah dipindahkan dari satu negara ke negara lain untuk membiayai aktiviti-aktiviti ANC. 

❎ Bayaran RM1b untuk Kit Siang dibuat di Hong Kong dan Singapura dengan cara yang tersebut.

❎ Mahathir tidak pernah menafikan dakwaan kami bahawa ANC telah membayar AS$5 juta untuk ketiga-tiga persidangan akhbar DoJ. 

❎ Dan mereka tidak dapat menafikannya kerana terdapat jejak kertas (paper trail) yang menunjukkan bagaimana wang itu dibayar dan siapa yang membuat bayarannya.

How Mahathir moves his billions – Malaysia Today 




Walaupun, mereka fikir wang RM160 bilion yang dimiliki bersama oleh Mahathir dan Daim adalah selamat tersembunyi tetapi sebenarnya ia tidaklah cukup tersembunyi . Malaysia Today berjaya mengesan bagaimana Mahathir membayar US$5 juta untuk ketiga-tiga sidang akhbar DoJ. Mahathir berkata keseluruhan gaji beliau sebagai Perdana Menteri tidaklah sampai sehingga RM1 bilion jadi bagaimana beliau boleh membayar Kit Siang sebanyak RM1 bilion? Adakah kami berkata dia membayar Kit Siang RM1 bilion daripada wang gajinya?

THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Tun Dr Mahathir Mohamad begitu marah sekali apabila Malaysia Today mendedahkan beliau telah membayar Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion. Bayaran RM1 bilion adalah untuk empat 'balas jasa' iaitu:

1. Kit Siang akan bersetuju dengan PPBM menyertai Pakatan Harapan.

2. Mahathir akan dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

3. Ketika memberi keterangan pada RCI, Kit Siang tidak akan mendedahkan apa yang dia ketahui tentang kerugian Bank Negara berjumlah RM31.5 bilion akibat dari perjudian di pasaran forex dari tahun 1988 hingga 1992.

4. Mukhriz akan diberikan kerusi yang selamat untuk bertanding didalam Pilihan Raya Umum akan datang, iaitu kerusi yang DAP boleh beri arahan kepada pengundi yang mengundi Mukhriz.

Tiga 'balas jasa' diatas telah pun ditunaikan dan sejumlah RM750 juta telah pun dibayar. Bahagian terakhir sebanyak RM250 juta akan dibayar sebaik sahaja kerusi Mukhriz disahkan.

Dua tahun lalu, Malaysia Today mendedahkan bahawa ANC (Kempen Anti-Najib) telah memperuntukan bajet sebanyak RM2 bilion untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan sebanyak RM3 bilion untuk membiayai kos Pilihan Raya Umum akan datang. Kamu fikir jumlah sebanyak RM5 bilion mungkin besar tetapi ini adalah perjudian yang mana wang pertaruhannya adalah sangat tinggi dan dalam permainan seperti ini, 'wang meja' mestilah besar. Dan dengan RM100 bilion yang Mahathir telah larikan ke luar negara, ditambah dengan RM60 bilion lagi di dalam simpanan Tun Daim Zainuddin, maka RM5 bilion adalah hanya jumlah yang kecil sahaja.

Sebelum ini, Malaysia Today telah mendedahkan bahawa ANC telah membelanjakan AS$5 juta untuk 'membeli' tiga persidangan akhbar Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Yang pertama telah diadakan pada bulan Julai 2016 dan yang kedua pula diadakan pada bulan Jun tahun ini. Yang ketiga pula dijadualkan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

Carta (gambar 2) menunjukkan bagaimana wang US$5 juta disalurkan ke Amerika Syarikat, dan juga bagaimana mereka membuat bayaran-bayaran lain seperti kepada Sarawak Report dan sebagainya. Sebenarnya, Daim memiliki pelbagai bank di seluruh dunia dan melalui bank-bank ini, wang telah dipindahkan dari satu negara ke negara lain untuk membiayai aktiviti-aktiviti ANC. Bayaran RM1b untuk Kit Siang dibuat di Hong Kong dan Singapura dengan cara yang tersebut.

Mahathir tidak pernah menafikan dakwaan kami bahawa ANC telah membayar AS$5 juta untuk ketiga-tiga persidangan akhbar DoJ. Dan mereka tidak dapat menafikannya kerana terdapat jejak kertas (paper trail) yang menunjukkan bagaimana wang itu dibayar dan siapa yang membuat bayarannya. Pada dasarnya anda tidak boleh menafikan sesuatu apabila terdapat bukti kukuh. Oleh itu, mereka hanya mengabaikan tuduhan tersebut tanpa memberi ulasan apa-apa.

Daim mempunyai rentetan bank di Afrika, Eropah Timur dan Amerika Latin. Dan dia telah mempunyai kepentingan atau kepentingan tunggal didalam semua bank tersebut. Bank-bank ini telah diperolehnya sejak tahun 1990-an selepas Daim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991 dan apabila beliau dan Mahathir perlu meletakkan wang mereka sebanyak RM160 bilion atau lebih di luar Malaysia, yang mana sebahagiannya adalah daripada kerugian forex Bank Negara.

Pada mulanya Mahathir ingin meletakkan jawatan pada sekitar akhir tahun 1990-an supaya mereka mempunyai kira-kira enam atau tujuh tahun untuk selamatkan semua 'pelaburan' mereka di bank-bank di tiga benua tersebut. Tetapi oleh sebab berlakunya Krisis Kewangan Asia 1997 dan diikuti oleh percubaan Anwar Ibrahim untuk merebut kuasa, maka pelan persaraan itu perlu ditangguhkan untuk beberapa tahun iaitu sehingga tahun 2003.

Walaupun, mereka fikir wang RM160 bilion yang dimiliki bersama oleh Mahathir dan Daim adalah selamat tersembunyi tetapi sebenarnya ia tidaklah cukup tersembunyi. Malaysia Today berjaya mengesan bagaimana Mahathir membayar US$5 juta untuk ketiga-tiga sidang akhbar DoJ. Mahathir berkata keseluruhan gaji beliau sebagai Perdana Menteri tidak sampai sehingga RM1 bilion jadi bagaimana beliau boleh membayar Kit Siang sebanyak RM1 bilion? Adakah kami berkata dia membayar Kit Siang RM1 bilion daripada wang gajinya?

http://www.malaysia-today.net/how-mahathir-moves-his-billions/

GAMBAR 1: ANC terpaksa menanggung kos sebanyak AS$5 juta untuk kedua-dua sidang akhbar AS DoJ terhadap 1MDB (termasuk beberapa lagi sidang akhbar sebelum Pilihan Raya Umum akan datang) 

GAMBAR 2: Ikut carta ini dan anda akan dapat melihat bagaimana Mahathir dan Daim memindahkan berbilion-billion wang yang mereka curi

GAMBAR 3: ANC sebenarnya mempunyai wang untuk ditabur: jumlah keseluruhannya RM160 bilion semuanya disimpan di luar negara dalam pelbagai bank di tiga benua

GAMBAR 4: Daim dan ahli strategi media ANC: beroperasi di Malaysia tetapi dibayar di luar negara

Kredit - Ariff Ahmad










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...