Isnin, 16 Oktober 2017

Mahathir dan Kit Siang melakukan 69



❎ Selain dari kedua-dua mereka mahu gulingkan Najib, kedua-duanya juga memikirkan kepentingan anak-anak mereka. 

❎ Kedua-duanya perlu menyelamatkan anak-anak mereka daripada dimasukkan kedalam penjara. 

❎ Dan juga kedua-duanya ingin mengekalkan dinasti politik mereka - dinasti Mahathir dan dinasti Lim

❎ Mahathir mahu Najib di gulingkan supaya dia dapat 'membawa pulang' wang RM100 bilion.

❎ Kit Siang, sebaliknya, mahu Najib di gulingkan supaya dia boleh menjadi Perdana Menteri.

❎ Setelah Kit Siang menjadi Perdana Menteri maka Mahathir akan membuat perjanjian dengannya untuk membenarkan membawa balik wangnya ke Malaysia

❎ Ia adalah seperti sama-sama yang belakon lah brader! Anda shiok, saya pun shiok




Mahathir and Kit Siang doing a 69 – Malaysia Today 

Pada dasarnya kedua-duanya iaitu Mahathir dan Kit Siang mempunyai banyak kepentingan bersama. Selain dari kedua-dua mereka tersebut mahu gulingkan Najib, kedua-duanya mereka juga memikirkan kepentingan anak-anak mereka. Kedua-duanya perlu menyelamatkan anak-anak mereka daripada dimasukkan kedalam penjara. Dan juga kedua-duanya ingin mengekalkan dinasti politik mereka - dinasti Mahathir dan dinasti Lim. Jadi mereka perlu bekerjasama dan bukan menetang diantara sesama mereka.

THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Di dalamnya posting blognya, Lim Kit Siang berkata "MCA sepatutnya membuat permintaan untuk diadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk membinang sama ada serangan propaganda UMNO / BN patut ditimpu kepada: Mahathir adalah boneka Lim Kit Siang atau Lim Kit Siang adalah boneka Mahathir!" .  

Masalahnya dengan Kit Siang ialah dia melihat sesuatu perkara dari perspektif Superman Hew Kuan Yew: sama ada Kit Siang memperalatkan Mahathir atau Mahathir yamg memperalatkan Kit Siang. Ia tidak boleh dilakukan serentak. Ia mestilah sama ada satu atau yang lain. Dan kenapa tidak boleh serentak? Kenapa mesti sama ada satu atau yang lain?

Sebenarnya, Mahathir dan Kit Siang tidak kutuk antara satu sama lain secara bergilir-gilir sepertimana mesej yang Kit Siang menghantar kepada MCA - atau sebagai Superman Hew mahu orang Cina percaya. Mahathir dan Kit Siang melakukan aksi 69. Oleh itu, tiada sesiapa yang kutuk sesiapa. Kedua-duanya mendapat manfaat pada masa yang sama.

Jadi kenapa Kit Siang bertanya siapakah yang kutuk siapa, siapa yang memperalat siapa, atau siapa yang hentam siapa? Ia adalah seperti sama-sama yang belakon lah brader! Anda shiok, saya pun shiok. Dan adakah anda perasan bahawa pada tanggapan Kit Siang, sesiapa sahaja yang tidak menyokong DAP adalah seorang badut? Dunia Kit Siang dibahagikan kepada dua bahagian saja: iaitu mereka yang menyokong DAP dan mereka yang menjadi badut.

Perkara utama bukanlah mengenai siapa yang untung dan siapa yang rugi. Ini berkisar kepada kepentingan bersama. Mereka bersatu dengan objektif yang sama bahawa tujuan umum mereka adalah mahu menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Mahathir mahu Najib di gulingkan supaya dia dapat 'membawa pulang' wang RM100 bilion. Jumlah wang Mahathir, bersama Tun Daim Zainuddin juka gabungkan adalah berjumlah RM160 bilion yang mana ia kini diletakkan dalam lebih daripada 50 bank di seluruh dunia. Nilainya kini dianggarkan bernilai kira-kira RM200 bilion tetapi wang itu tidak boleh dibawa kembali ke Malaysia selagi Najib masih menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

(BACA DI SINI): Mahathir’s RM160 billion banking empire – Malaysia Today 

http://www.malaysia-today.net/mahathirs-rm160-billion-banking-empire/ 

Baca terjemahan dalam bahasa Melayu di pautan ini .

http://bnpost.blogspot.my/2017/10/empayar-perbankan-mahathir-bernilai.html

Kit Siang, sebaliknya, mahu Najib di gulingkan supaya dia boleh menjadi Perdana Menteri. Setelah Kit Siang menjadi Perdana Menteri maka Mahathir akan membuat perjanjian dengannya untuk membenarkan membawa balik wangnya ke Malaysia. Sudah tentu, ia akan menelan belanja berbilion lagi yang melibatkan wang di bawah meja. Bagaimanapun, apabila Mahathir telah sanggup untuk memberi rasuah kepada Kit Siang sebanyak RM1 bilion, maka membayar beberapa bilion lagi tidak akan menjadi masalah kerana Kit Siang telah membuktikan bahawa dia boleh diberi rasuah.

Oleh itu, memandangkan objektif bersama mereka adalah untuk gulingkan Najib maka mereka perlu bekerja bersama untuk mencapai objektif tersebut.

Adakah begitu sukar sekali untuk difahami? Ia seperti ketika Amerika Syarikat mahu menjatuhkan Rusia dan rakyat Afghanistan juga mahu kalahkan Rusia. Jadi mereka bekerja bersama untuk kepentingan bersama. AS membekalkan dana berbilion-bilion dan rakyat Afghanistan membekalkan tenaga kerja. Amerika Syarikat mahu memecah USSR (memang pun dah terjadi) ketika rakyat Afghanistan menginginkan pasukan Rusia keluar dari Afghanistan (itu pun dah tercapai). Tetapi untuk itu, orang Rusia perlu terlebih dahulu kalah di medan perang di Afghanistan (juga pun dah berlaku).

Adakah para ahli sejarah pernah bertanya siapa yang memperalatkan siapa serta juga menuntut supaya MCA mendesak diadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk membincanglan sama ada rakyat Amerika adalah musuh rakyat Afghans atau orang Afghan adalah badut Amerika? Kit Siang mempunyai cara berfikir yang sangat cetek. Sekiranya dia benar-benar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya, dia perlu ubah cara dia berfikir.

Pada dasarnya kedua-duanya iaitu Mahathir dan Kit Siang mempunyai banyak kepentingan bersama. Selain dari kedua-dua mereka mahu gulingkan Najib, kedua-duanya juga memikirkan kepentingan anak-anak mereka. Kedua-duanya perlu menyelamatkan anak-anak mereka daripada dimasukkan kedalam penjara. Dan juga kedua-duanya ingin mengekalkan dinasti politik mereka - dinasti Mahathir dan dinasti Lim. Jadi mereka perlu bekerjasama dan bukan menetang diantara sesama mereka.

Mahathir mempunyai wang serta mempunyai keperluan. Kit Siang mempunyai kuasa dan dia juga mempunyai keperluan. Maka Mahathir akan guna sedikit wangnya untuk mendapatkan kuasa dari Kit Siang. Adalah sangat membinggungkan jika Kit Siang masih tidak faham ini: kerana sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia harus dapat memahaminya.


Tetapi Kit Siang tidak akan berkongsi kuasa dengan Mahathir melainkan Mahathir juga berkongsi wangnya dengan Kit Siang. Malah, beliau tidak berkongsi kuasa dengan Mahathir begitu cepat dan begitu mudah. Terlebih dahulu dia paksa Mahathir tundu kepada Anwar Ibrahim supaya mendapat sokongan Anwar. Ia harus menjadi tiga penjuru atau tiada persetujuan. Mahathir terpaksa pergi menemui Anwar dan hanya apabila Anwar senyum barulah Kit Siang setuju PPBM menyertai Pakatan Harapan serta Mahathir menjadi Pengerusi gabungan dan juga tidak memberi keterangan kepada RCI yang menyiasat Bank Negara RM31.5 bilion forex yang akan membabitkan kesalahan Mahathir dan memberi Mukhriz kerusi yang selamat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Kit Siang menambah: "Ini adalah satu perbezaan ketara antara Pakatan Harapan dan gabungan Barisan Nasional, di mana empat parti komponen dalam Pakatan Harapan, sama ada DAP, PKR, Amanah atau Pribumi Bersatu bercakap perkara yang sama dan menyampaikan mesej yang sama tanpa mengira penonton atau lokasi, sedangkan parti-parti komponen Barisan Nasional adalah benar-benar tidak jujur ​​dan munafik, dengan UMNO mengatakan satu perkara kepada penonton Melayu sedangkan MCA mengatakan versi yang sama sekali berbeza kepada khalayak Cina.

"Kit Siang begitu penuh dengan najis sehingga boleh kita bau dari Manchester. Seperti yang mereka katakan di Amerika, beritahu kepada Marines. Pleez! Pakatan berkata mereka bercakap perkara yang sama dan menyampaikan mesej yang sama tanpa mengira khalayak atau lokasi? Sedangkan mereka tidak boleh bersetuju sama ada undang-undang Syariah Islam harus dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang Sekular. DAP kata Malaysia adalah Negara Sekular maka undang-undang Syariah Islam tidak boleh diguna pakai. Adakah PKR, PPBM dan PAN bersetuju dengan ini?

Malah Anwar tidak berani mengatakan sama ada beliau menentang Hudud. Apabila ditanya dia enggan mengatakan sama ada 'ya saya menentang Hudud' atau 'tidak saya menyokong Hudud'. Jawapannya ialah bahawa ia adalah terlalu awal untuk melaksanakan Hudud dan rakyat Malaysia perlu terlebih dahulu di beri pendidikan mengenai Hudud dan selepas mereka dapat menerima Hudud barulah undang-undang tersebut boleh dilaksanakan.

Adakah itu tafsiran Kit Siang bahawa mereka bercakap dengan satu suara? Adakah Kit Siang juga mengatakan bahawa ia adalah terlalu awal untuk melaksanakan hudud dan rakyat Malaysia perlu diberi pendidikan terlebih dahulu mengenai hudud dan selepas mereka boleh menerima Hudud barulah undang-undang hudud boleh dilaksanakan?

"Kenapa saya harus menjadi badut Dr Mahathir? Saya telah dituduh menerima rasuah sebanyak RM1 bilion daripada Mahathir. Sekiranya saya mempunyai RM1 bilion, saya boleh menumpukan seluruh jumlah wang tersebut untuk pembangunan bandar Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Johor Baru untuk mewujudkan bandar Kota Tinggi baru, Kulai baru, Kluang baru, Segamat baru, Muar baru, Batu Pahat baru dan Johor Baharu baru," kata Kit Siang.

Kenyataan ini adalah kenyataan yang terbaik dari semua kenyataan. Dengan RM1 bilion, Kit Siang mahu membangunkan Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Johor Baru serta membina bandar baru bernama Bandar Baru Kota Tinggi, Bandar Baru Kulai, Bandar Baru Kluang, Bandar Baru Segamat, Bandar Baru Muar, Bandar Baru Batu Pahat dan Bandar Baru Johor Baru.

Membangunkan semua bandar itu dengan hanya RM1 bilion?

Kit Siang akan menghabiskan keseluruhan RM1 bilion hanya untuk melakukan kajian kemungkinan (feasibility study) kerana mereka telah belanja lebih daripada RM300 juta untuk melakukan kajian kemungkinan (feasibility study) keatas sebuah terowong bawah laut yang pendek di Pulau Pinang. RM1 bilion boleh membina kurang daripada 100 kilometer lebuh raya. Ia tidak boleh membina 14 bandar baru. Apa tok tok semua ini? Macam ni ke nak jadi PM Malaysia?

http://www.malaysia-today.net/mahathir-and-kit-siang-doing-a-69/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...