Jumaat, 20 Oktober 2017

Mahathir pernah menggunakan DANA KWSP untuk menutup kerugian perjudian pasaran timah




❎ Kini tibalah masa rakyat Malaysia perlu mengetahui kebenaran tentang skamdal Maminco ini juga. Dan sejak Mahathir sangat prihatin tentang bagaimana wang KWSP dilaburkan, ini adalah masa yang tepat untuk dedahkannya.

❎ Mahathir sepatutnya menjadi orang terakhir di bumi ini untuk bercakap mengenai wang KWSP kerana pada awal tahun 1980-an dia telah salahgunakan wang KWSP untuk berjudi di pasaran timah, seperti bagaimana dia berjudi di pasaran forex dari 1988-1992 (dan kalah di kedua-duanya).

❎ Mahathir telah menggunakan dana KWSP sebagai tabung pribadinya untuk menampung kerugian, skandal kewangan dan juga kerugian disebabkan oleh pelbagai kesilapan dan keputusan yang teruk. Berbillion telah hilang dan dana KWSP telah digunakan untuk membayar kerugian ini.


❎ Tun Dr Mahathir Mohamad adalah apa yang orang inggeris gelar sebagai "a loose cannon"

❎ Mengikut simpulan bahasa inggeris, maksud "loose cannon" ialah Orang yang tidak boleh di kawal atau tidak dapat diramalkan yang mana dia akan menyebabkan kerosakan kepada pasukannya, atau puaknya atau parti politiknya sendiri, dll

❎ "Benar, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah menjadikan Mahathir sebagai senjata yang terbaik baginya untuk menangkis serangan Pakatan Harapan

❎ Selagi Mahathir berada lebih lama didalam pembangkang dan selagi beliau bercakap lebih banyak mengenai Isu Najib, maka dia akan melakukan lebih banyak lagi kerosakan kepada Pakatan Harapan

❎ Apakah jenis PARIAH lelaki yang bernama Mahathir ini? Bahkan PARIAH pun tidak bertindak seperti Mahathir.

Mahathir once used EPF to cover his disaster playing the tin market – Malaysia Today 

Mahathir sepatutnya menjadi orang terakhir di bumi ini untuk bercakap mengenai dana KWSP kerana pada awal tahun 1980-an dia telah menyalahgunakan dana KWSP untuk berjudi di pasar timah, sepertimana dia berjudi di pasaran forex pada tahun 1988 hingga tahun1992 (dan mengalami kerugian didalam kedua-dua perjudian tersebut). Banyak yang telah dituliskan tentang skandal Maminco ini, yang anda boleh baca di bawah ini. Mahathir telah menggunakan dans KWSP sebagai bank tabung peribadinya untuk menampung kerugian, skandal kewangan, dan bencana-bencana yang disebabkan oleh pelbagai kesilapan dan keputusan yang teruk. Berbillion-billion telah hilang dan dana KWSP telah digunakan untuk menutup kerugian ini. Dan Mahathir membayar kepada pelobi lebih kurang AS$10 juta untuk diadakan pertemuannya dengan Presiden Bush pada tahun 2002.

THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah apa yang orang inggeris gelar sebagai "a loose cannon". Kamus Inggeris mendefinisikan "loose cannon" sebagai "Sebuah meriam yang terlepaskan dari ikatannya pada kapal semasa berlaku pertempuran atau ribut, dimana ia berpotensi menyebabkan kerosakan yang serius terhadap kapal dan krunya. Mengikut simpulan bahasa inggeris, maksud "loose cannon" ialah Orang yang tidak boleh di kawal atau tidak dapat diramalkan yang mana dia akan menyebabkan kerosakan kepada pasukannya, atau puaknya atau parti politiknya sendiri, dll.

"Benar, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah menjadikan Mahathir sebagai senjata yang terbaik baginya untuk menangkis serangan Pakatan Harapan. Selagi Mahathir berada lebih lama didalam pembangkang dan selagi beliau bercakap lebih banyak mengenai Isu Najib, maka dia akan melakukan lebih banyak lagi kerosakan kepada Pakatan Harapan. Dan itulah sebabnya mengapa Najib pecat Mukhriz dari jawatan Menteri Besar Kedah. Najib tahu bahawa ini akan menyebabkan Mahathir merajuk dan seperti pada tahun 2008, dan sekali lagi dia akan keluar dari UMNO dan, sekali lagi dia akan tergesa-gesa lari ke pangkuan Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan.

Ia adalah langkah paling bijak oleh Najib iaitu menyingkirkan Mahathir tanpa perlu memecat Mahathir daripada parti UMNO (yang hanya menyebabkan undi simpati Mahathir). Dengan cara ini Najib tidak 'membunuh' Mahathir tetapi orang tua itu sendiri yang melakukan harakiri (membunuh diri) atau membunuh kareer politiknya sendiri. Ini menunjukkan seseorang perlu berhati-hati dengan musuh-musuh seperti Najib, yang berbicara lembut dan sentiasa tersenyum. Mereka adalah lebih beracun (bahaya) daripada orang yang melalak seperti yang ada didalan Pakatan Harapan sekarang ini.

Masalahnya dengan Mahathir ialah, semakin banyak dia melalak, semakin banyak dia menunjukkan kebodohannya. Dan Pakatan Harapan menghadapi dilema besar bagaimana hendak perbetulkan kerosakan serius yang dilakukan oleh Mahathir kepada pembangkang.

Sebagai contoh, Pakatan menuduh Najib yang menggunakan firma lobi untuk mengatur pertemuannya dengan Presiden Donald Trump manakala Mahathir sendiri telah membayar lebih kurang AS$10 juta untuk adakan pertemuan dengan Presiden Bush pada bulan Mei 2002 dan sehingga ke hari ini dia tidak pernah menafikan dakwaan tersebut. Dan, seperti yang Mahathir sendiri suka berkata, JIKA ANDA TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN ANDA TIDAK BERSALAH MAKA INI BERMAKNA ANDA MEMANG BERSALAH.

(BACA DI SINI): Najib claims Dr M paid lobbyist ‘millions’ to arrange meeting with George Bush – Malaysia Today 

http://www.malaysia-today.net/najib-claims-dr-m-paid-lobbyist-millions-to-arrange-meeting-with-george-bush/ 

"Adakah betul Mahathir telah membayar AS$1.6 juta untuk bertemu dengan Bush?" soal The Age of Australia pada Februari 2006. Lebih buruk lagi, wang itu disalurkan kepada organisasi palsu supaya Mahathir dapat menyembunyikan pembayaran itu. Inilah yang lapor oleh portal itu:

(BACA DI SINI): Did Mahathir pay $1.6m to meet Bush? - World - theage.com.au 

http://www.theage.com.au/news/world/did-mahathir-pay-16m-to-meet-bush/2006/02/15/1139890806086.html 

Pembayaran Malaysia itu dibuat kepada Pusat Antarabangsa Amerika, sebuah "international think tank" yang palsu dimana rakan kongsinya Abramoff iaitu Michael Scanlon yang menubuhkannya di sebuah rumah tepi pantai Delaware (Delaware beach house). Dengan membuat pembayaran wang dengan cara tersebut, Abramoff dapat mengelak pendafraran syarikatnya sebagai ejen kerajaan asing dengan Jabatan Keadilan.

Selepas Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Bush di White House, bekas rakan sekutunya berkata bahawa Abramoff telah dijemput untuk makan malam di kedutaan Malaysia bagi menghormati kunjungan Perdana Menteri. Sekurang-kurangnya satu firma melobi Washington lain iaitu Alexander Strategies, yang dikendalikan oleh kawan Abramoff juga diberi pampasan dalam tempoh tersebut kerana membantu menaikkan reputasi Malaysia di Washington.

(BACA DI SINI): RM4.6 million 2002 Mahathir-Bush meeting - Megat Junid should explain 

https://www.limkitsiang.com/archive/2006/feb06/lks3811.htm?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C1767052954

Jadi Mahathir bukan hanya membayar untuk bertemu dengan Bush tetapi dia juga telah melakukannya melalui cara penipuan. Dan inilah lelaki yang menyerang Najib atas dakwaan melakukan seperti apa yang dia sendiri melakukannya. Apakah jenis PARIAH lelaki yang bernama Mahathir ini? Bahkan PARIAH pun tidak bertindak seperti Mahathir.

Mahathir kemudian cuba menyalahkan Najib mengenai isu KWSP melabur di luar negera sedangkan pada tahun 2005 Mahathir juga yang membidas KWSP kerana tidak melabur secukupnya di luar negara. Malah, Mahathir mengeluarkan kenyataannya pada tahun 2005 apabila dia mendapati Tan Chong, Boon Siew, Genting, dan banyak konglomerat Cina lain melabur di luar negera dimana jumlah pelaburan luar negara mereka adalah jauh lebih tinggi daripada pelaburan domestik mereka.

(BACA DI SINI): Mahathir wants EPF to invest more overseas – Malaysia Today 

http://www.malaysia-today.net/mahathir-wants-efp-to-invest-more-overseas/

Oleh itu, Mahathir menganggap jika orang Cina melebarkan wang mereka dan melabur di luar negera sebagai perlindungan terhadap inflasi dan kemelesetan serta pelbagai portfolio untuk memastikan pulangan yang lebih tinggi maka KWSP juga harus melakukan perkara yang sama  . Dan inilah sebabnya mengapa Mahathir memberitahu KWSP supaya tidak 'menyimpan wang mereka di bawah bantal tanpa mendapatkan apa-apa' pulangan tetapi sebaliknya perlu melabur di luar negara.

Pada tahun 1945 Britain telah menjadi bankrap kerana wang yang mereka gunakan semasa Perang Dunia II. Walau bagaimanapun, Britain mempunyai pelaburan luar negera yang besar, sehingga ia dapat menyelamatkan mereka dari menjadi bankrap. Di Malaya sahaja, 70% pelaburan asing adalah milik British manakala 30% daripada ekonomi Britain bergantung kepada Tanah Melayu. Britain tidak semua melerakkan telurnya didalam satu keranjang dan tindakan melabur di pelbagai portfolio adalah kunci kepada kejayaan Britain. Dan itulah sebabnya Jepun, China, Korea, AS, dan juga banyak negara dari Timur Tengah, melaburkan wang mereka di seluruh dunia

Mahathir sepatutnya menjadi orang terakhir di bumi ini untuk bercakap mengenai wang KWSP kerana pada awal tahun 1980-an dia telah menyalahgunakan wang KWSP untuk berjudi di pasaran timah, seperti bagaimana dia berjudi di pasaran forex dari 1988-1992 (dan kalah di kedua-duanya). Banyak yang telah ditulis tentang skandal Maminco ini, dan diantara ceritanya anda boleh baca di Lampiran di bawah ini. Mahathir telah menggunakan dana KWSP sebagai tabung pribadinya untuk menampung kerugian, skandal kewangan dan juga kerugian disebabkan oleh pelbagai kesilapan dan keputusan yang teruk. Berbillion telah hilang dan dana KWSP telah digunakan untuk membayar kerugian ini.

Anwar Ibrahim pernah bergurau: mengapa kita memerlukan IMF jika kita mempunyai KWSP? Anwar memang fikir ia adalah lucu bahawa Mahathir telah menyalahgunakan wang KWSP untuk menampung kerugian daripada kesilapannya, keputusan perniagaan yang teruk, dan penyelewengan kewangan. Dan ini adalah Anwar yang sama yang mempertahankan Mahathir dengan bercakap bohong kepada Parlimen dan Kabinet mengenai kerugian perjudian Bank Negara di pasaran forex.

Selepas selama 25 tahun Rakyat Malaysia di tipu, kini rakyat baru sahaja sedar tentang jumlah sebenar kerugian forex iaitu sebanyak RM32 bilion. Terdapat satu lagi fakta yang tersembunyi daripada rakyat Malaysia selama lebih dari 30 tahun iaitu mengenai skandal timah Maminco dan bagaimana dana KWSP digunakan untuk membayar dan menyembunyikan kerugian ini. Kini tibalah masa rakyat Malaysia perlu mengetahui kebenaran tentang skamdal Maminco ini juga. Dan sejak Mahathir sangat prihatin tentang bagaimana wang KWSP dilaburkan, ini adalah masa yang tepat untuk dedahkannya.

Itulah sebabnya mengapa Mahathir adalah meriam longgar yang bahaya kepada dirinya sendiri dan juga kepada pembangkang. Setiap kali dia mengarang cerita tentang Najib, cerita tersebut juga pernah berlaku pada dirinya. Dan kisah tentang Mahathir yang selalu berbohong kepada negara, menyalahgunakan kuasa beliau, dan menyebabkan kehilangan wang pembayar cukai berbilion-bilion. Mahathir perlu diam sebelum dia menyebabkan dirinya dan Pakatan menghadapi masalah akibat dari mulut celuparnya. Memandangkan sudah ada banyak keburukkan mengenai Mahathir maka ia menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan banyak undi didalam pilihan raya umum akan datang. Dan baca fakta-fakta di bawah ini untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang skandal timah Maminco dan bagaimana Mahathir mencuri dana KWSP untuk membersihkan kotoran tersebut.

•••••••••••••••••LAMPIRAN•••••••••••••••••
The Tin Market Crash of 1985: Why did the tin market collapse in 1985?, 

18 October 2016

Skandal Tin Malaysia:

Pada bulan Jun 1981, di bawah bimbingan peniaga komoditi Marc Richie dan Co., Perbadanan Perlombongan Malaysia milik kerajaan menubuhkan anak syarikat untuk secara rahsia membeli timah dipasaran niaga hadapan di London Metal Exchange (LME). Pembelian rahsia ini, yang dibiayai oleh bank-bank di Malaysia, diadakan untuk terus menyokong harga antarabangsa untuk logam tersebut, yang sedang alami tekanan oleh kemelesetan global, proses kitar semula timah yang lebih besar dan menggantikan penggunaan timah dengan aluminium didalam aplikasi pembungkusan.

Apabila rancangan pembelian kontrak masa depan dan timah fizikal Malaysia nampak seperti akan berjaya, LME telah mengubah peraturannya berkaitan stock simpanan, melepaskan tekanan keatas penjualan jangka pendek, yang mengakibatkan kejatuhan harga timah secara mendadak sebanyak kira-kira 20 peratus.

Meningkatnya tekanan:

Akibat hubungan yang meragukan di antara ahli-ahli ITA maka perjanjian ITA ke-6, yang sepatutnya ditandatangani pada tahun 1981, telah ditangguhkan . Amerika Syarikat tidak mempunyai kepentingan dalam ITC yang mengatur penjualan bijih timah dari stok simpanan strategiknya dan menarik diri dari Perjanjian bersama dengan Bolivia, negara pengeluar timah utama.

Penarikkan diri negara-negara ini serta negara lain, serta peningkatan eksport timah daripada negara bukan anggota, seperti Brazil, bermakna bahawa ITA kini hanya mewakili kira-kira separuh daripada pasaran timah dunia, berbanding lebih 70 peratus satu dekad yang lalu.

Baki 22 ahli yang menandatangani ITA keenam pada 1982 mengundi untuk membiayai pembelian 30,000 tan stok, serta meminjam wang untuk membiayai pembelian 20,00 tan metrik logam lainnya. Dalam cubaan terdesak untuk membendung harga jatuh, ITC terus mengenakan kawalan eksport, tetapi ini tidak berhasil, kerana pengeluaran bijih timah global melebihi penggunaan sejak tahun 1978 dan kuasa organisasi itu telah menjadi semakin lemah.

Badan tersebut memutuskan untuk campur tangan dengan membeli lebih banyak stok di pasaran hadapan timah di LME.

Pada tahun 1985, usaha untuk menarik kumpulan besar dari kalangan bukan ahli  untuk menyertai Perjanjian tersebut menemui kegagalan, kerana menyedari bahawa harga lantai semasa tidak dapat dipertahankan selama-lamanya, maka ITC terpaksa membuat keputusan untuk mencari cara bagaimana hendak meneruskan objektifnya.

Malaysia, sebagai negara pengeluar utama dan mempinyai suara kuat di Majlis tersebut, cuba menghalang ahli-ahli lain untuk menurunkan harga timah, yang urus niaganya ditetapkan didalam Ringgit Malaysia. Hakikat bahawa harga sasaran ditetapkan dalam Ringgit Malaysia, memberi tekanan lanjut keatas ITC, kerana turun naik kadar pertukaran pada awal tahun 1985 akan mengakibatkan kejatuhan lebih lanjut dalam harga pasaran timah di LME.

Penurunan ini meletakkan kekangan kewangan terhadap pemiutang ITC dan pengeluar timah yang memegang logam itu sebagai cagaran semasa Majlis sedang menghadapi masalah dengan pusingan modal.

Keruntuhan pasaran timah:

Ketika khabar angin mengenai situasi kewangan ITC mula tersebar, Pengurus Saham Penampan Majlis, yang takut dengan keruntuhan pasaran, telah meminta anggota Majlis untuk terus membiayai pembelian saham timah.

Tetapi tindakannya adalah sedikit terlalu terlambat. Dana yang dijanjikan tidak pernah tiba, dan pada pagi 24 Oktober 1985, Pengurus Simpanan Penasihat menasihati LME bahawa mereka telah menggantungkan operasi kerana kekurangan dana.

Akibat daripada tekanan keatas LME dan Bursa Komoditi Kuala Lumpur maka kedua-duanya telah menggantung perdagangan kontrak timah. Oleh demikian, kontrak timah tidak akan didagang di LME selama tiga tahun lagi.

Oleh kerana ahli-ahi ITC tidak dapat memberi persetujuan mengenai rancangan untuk menyelamatkan ITC  badan tersebut, maka situasi pasaran timah menjadi porak peranda yang mengugatkan dagangan di LME, City of London dan di pasaran logam global.

Akibat dari pertelagahan ahli-ahli Majlis, telah menyebabkan pasaran timah tergantung. Lombong mula ditutup dan, tidak dapat memenuhi permintaan sehingga pemain utama di istiharkan muflis. Pada masa yang sama harga timah, jatuh merudun dari sekitar US$6 setiap paun ke harga bawah $4 setiap paun.

Kerajaan UK terpaksa mengadakan siasatab rasmi yang akhirnya mendedahkan jumlah kerugian ITC. Liabiliti kasar Majlis pada 24 Oktober 1985 adalah mengejutkan iaitu sebanyaj £897 juta (AS$1.4 bilion). Stok fizikal dan pembelian ke hadapan jauh lebih tinggi daripada kuasa yang diberikan kepada ahli iaitu lebih daripada 120,000 tan timah bersamaan lapan bulan bekalan global dan perlu dinilai semula dan dihapuskan.

The UK government was forced into launching an official inquiry that ultimately revealed the extent of the ITC’s losses. The Council’s gross liabilities as of October 24, 1985 were found to be an astounding £897 million (US$ 1.4 billion). Physical stocks and forward purchases were far more than members had authorised and over 120,000 tonnes of tin – eight months of global supply – would have to be valued and liquidated.

http://www.malaysia-today.net/mahathir-once-used-epf-to-cover-his-disaster-playing-the-tin-market/ 

GAMBAR 1: Pelobi Mahathir di Washington, Abramoff, dipenjarakan enam tahun kerana kes penipuan

GAMBAR 2: Senarai skandal yang Lim Kit Siang salahkan Mahathir antaranya: Maminco-Makuwasa menjadi antara yang pertama yang didedahkan bersama skandal BMF



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...