Selasa, 10 Oktober 2017

POPULARITI BN DI FACEBOOK NAIK HAMPIR SEKALI GANDA – KAJIAN

Seramai 5.8 juta pengguna Facebook di Malaysia berusia 21 tahun ke atas, cenderung kepada BN.

Ia hampir seganda daripada 3.1 juta pengguna yang menyokong parti pembangkang pada Julai, kata kajian firma penyelidikan media sosial, Politweet.

Kajian badan itu menyebut, sebanyak 3.3 juta atau 51.6 peratus daripada 6.4 juta pengguna Facebook berusia 21 tahun ke atas, berminat dengan BN.

Sebanyak 600,000 pengguna atau 9.4 peratus pula secara khususnya menyokong parti pembangkang.

Kira-kira 2.5 juta pengguna atau 39.1 peratus menyatakan sokongan bercampur antara pembangkang dan BN.

Julai lalu, Umno mendapat sokongan tertinggi iaitu 4.4 juta pengguna atau 68.8 peratus daripada 6.4 juta pengguna di Malaysia.

Ia diikuti PKR dengan 1.8 juta pengguna (28.1 peratus), DAP dengan 1.3 juta (20.3 peratus), PAS dengan 950,000 pengguna (14.8 peratus).

MCA pula mencatat 740,000 pengguna (11.6 peratus), Gerakan dengan 150,000 pengguna (2.34 peratus) dan terakhir MIC dengan 81,000 pengguna (1.3 peratus).

Daripada jumlah 6.4 juta pengguna, 56.3 peratus adalah lelaki, selebihnya perempuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...