Sabtu, 18 November 2017

Krisis makanan di Venezuela semakin kritikal! 



Tindakan kerajaan Venezuela yg memperkenalkan "subsidi overdose", menetapkan harga bekalan makanan asas kekal rendah serta harga minyak yang terlampau murah telah membawa malapetaka kpd negara dan rakyat Venezuela itu sendiri.

Nampak tak? Kalau harga barang dan minyak terlalu rendah pun boleh mendatangkan masalah yg besar.


1. Apakah itu inflasi?
Bagi yang belum memahami, inflasi merujuk kepada tingkat kos sara hidup yang kian meningkat dan diukur berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPi). Kepelbagaian inflasi berpunca faktor yang fleksibel merujuk kepada keadaan tertentu. Antaranya:
A) Kadar tarif semasa yang berubah seperti caj perkhidmatan air, elektrik, telekomunikasi, langganan siaran berbayar, sewa serta percukaian.
B) Kenaikkan kos jualan yang dikenakan kepada pengguna oleh firma dan peniaga untuk survival perniagaan.
C) Kadar pasaran tukaran matawang asing merujuk kepada aktiviti import dagangan ke dalam negara.
D) Wujudnya aktiviti pasaran gelap oleh peniaga seperti berlaku di Venezuela yang mewujudkan krisis berantai bekalan makanan yang berpanjangan.
2. Punca berlakunya inflasi dan kesan kepada ekonomi?
Merujuk kepada Bapa Ekonomi Moden, Adam Smith menyatakan bahawa pergerakkan sesebuah ekonomi haruslah bersifat bebas (laizzes-faire) tanpa campurtangan kerajaan. Sifat yang menggerak aktiviti ekonomi berdasarkan permintaan, penawaran, keseimbangan pasaran serta permintaan yang berubah ubah (elasticity) dalam kepengguna bagi memenuhi keperluan semasa.
Namun membiarkan pasaran bebas tanpa kawalan kerajaan sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik. Ini kerana kewujudan golongan kapitalis atau taikun perniagaan yang mengawal pasaran akan memonopolikan kuasa beli pengguna. Sedia maklum kita mengetahui peniaga itu sendiri bersifat kapitalis, iaitu mestilah mementingkan keuntungan perniagaan. Peniaga atau firma yang menaikkan kos jualan kepada pengguna untuk meraih keuntungan akan mewujudkan kenaikkan inflasi kepada perbelanjaan. Secara tidak langsung membebankan kemampuan perbelanjaan serta mengecilkan nilai matawang sesebuah negara.
Di sebalik kenaikkan kos sara hidup yang berlaku, dilema yang dihadapi oleh pemilik perniagaan pula yang menaikkan harga jualan untuk mendapatkan semula perolehan modal berniaga, selain perlu memikirkan kos operasi syarikat, penggajian tenaga buruh, penyelenggaraan teknologi mesin, sewa premis selain membayar tanggungan hutang perniagaan.
Bagi pihak kerajaan, inflasi yang berlaku perlu dibendung supaya gangguan sosio ekonomi boleh dihindarkan terutama kuasa beli pengguna dan penguncupan perbelanjaan rakyat. Dengan perolehan cukai korporat dan jualan yang dikenakan kepada firma secara tidak langsung meninggikan perolehan pendapatan negara; seterusnya disalurkan semula kutipan cukai kepada rakyat melalui subsidi. Tujuan subsidi diadakan supaya inflasi yang wujud sebolehnya perlu bendung. Walaupun inflasi mendefisitkan perbelanjaan rakyat, kesan kepada ekonomi sebenarnya membesarkan perolehan cukai disebabkan rakyat yang berbelanja mengeluarkan duit menyumbang peratus yang tinggi kepada pendapatan negara.
3. Peratus inflasi sentiasa berubah ubah?
Merujuk kepada peratus semasa, inflasi negara terkini berada paras 5.1%. Lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya pada 4.5%. Julat pengiraan inflasi dikira pada setiap bulan. Di bawah ada 3 jenis rajah merujuk kepada bulanan, tahunan, serta sepanjang tahun:
Keseluruhan pergerakkan peratus inflasi dalam tempoh setahun (sehingga kini) :


Keseluruhan pergerakkan peratus inflasi dalam tempoh setahun (sehingga kini) :



Data perubahan inflasi negara semenjak tahun 1976 sehingga kini:
 


Ketiga tiga rajah di atas menunjukkan sejak tahun 1976 sehingga kini, penurunan kadar inflasi di Malaysia secara berkala berjaya dilakukan melalui pengawalan ekonomi. Soalnya bagaimanakah inflasi dikira?
Indeks Harga Pengguna adalah indikator yang digunakan dalam mengukur peratus inflasi pengguna. Untuk pemahaman bagaimanakah inflasi terbentuk sewaktu menjalankan transaksi pembelian, boleh dilihat kenaikan semasa harga jualan yang ditawarkan oleh syarikat peruncitan melalui pembelian dalam satu bakul. Katakan pada tahun 2004, harga sekilo ayam daging pada kadar Rm 4.00. Pada tahun 2014, kenaikan harga telah berlaku dan peniaga meletakkan harga pasaran semasa kepada Rm 7.00. Secara tak langsung kenaikan harga meningkat sebanyak 75% dalam tempoh sepuluh tahun.
Kenaikan inflasi dan perubahan harga berlaku disebabkan faktor bermusim. Jika anda seorang yang biasa ke pasaraya membeli barangan basah seperti ikan dan ayam, akan nampak perbezaan harga berdasarkan pasaran semasa kerana timbangan berat menentukan harga jualan sama ada murah atau mahal.
Di sebalik penguncupan kemampuan perbelanjaan, ini tidaklah menghalang rakyat masih berbelanja seperti biasa kerana elasticity terhadap permintaan adalah berdasarkan keperluan isi rumah yang tidak berubah pada setiap masa. Malahan kenaikkan inflasi sebenarnya membesarkan keuntungan perniagaan di samping perolehan pendapatan negara juga boleh dipertingkatkan disebabkan tahunan gaji sentiasa dinaikkan supaya membendung inflasi harga yang ditanggung rakyat.
4. Jika inflasi boleh merangsang ekonomi, mengapa Venezuela mempunyai masalah hyper inflation?
Untuk pemahaman kita perlu membaca maklumat bagi mengenalpasti inflasi tidak terkawal di sana. Antaranya:
a) Capital Flight (Dollar prevention)
b) Nilai matawang menjunam
c) Salah laku peniaga yang terlibat aktiviti pasaran gelap
d) Kekurangan sumber bekalan makanan
e) Firma besar banyak menutup operasi perniagaan kerana negara kekurangan sumber bahan mentah seperti gandum dan gula.
5. Venezuela: Sebuah Kerajaan Chavista berpaksi sosialis Chavismo
Pada tahun 1998, Hugo Chavez telah memenangi pilihanraya buat kali pertama selepas dipenjara tahun 1992 kerana mengetuai percubaan menggulingkan kerajaan. Beliau merupakan seorang pengamal ideologi sosialis yang menggerakkan revolusi Bolivarian dengan menggunakan kekayaan negara hasil perolehan minyak, memberi banyak bantuan subsidi kepada golongan miskin tanpa menaikkan pendapatan rakyat Venezuela. Dengan perolehan harga minyak pada $ 140 setong pada 2008, Chavez telah membina banyak rumah dan klinik baharu untuk rakyatnya.
Polisi ekonomi pelik Chavez sewaktu beliau memerintah adalah menetapkan harga bekalan makanan asas, daripada kopi sehinggalah biskut yang mana telah banyak merugikan firma di Venezuela untuk menaikkan keuntungan. Malahan melarang firma dan rakyat membuat transaksi dalam dollar US. Kekurangan rezab dollar inilah punca Venezuela tidak boleh mengimport bekalan makanan yang cukup disebabkan ketetapan harga yang diwartakan.
Outer space ekonomi Venezuela nampak begitu cantik kerana begitu banyak kemudahan subsidi diberikan kepada golongan miskin supaya rakyat boleh menikmati perbelanjaan murah. Malangnya  memberikan impak negatif terhadap produktiviti perniagaan yang mahu meningkatkan keuntungan firma tersekat akibat penetapan harga jualan murah. Kesan penurunan keuntungan perniagaan menjadi punca sebab pemilik peniaga membelakangkan kerajaan dengan memilih alternatif pasaran gelap untuk mendapatkan keuntungan lebih.
Pada tahun 2013, Chavez telah meninggal dunia akibat kanser dan digantikan Timbalan Presiden, Nicolas Maduro menerusi peralihan kuasa yang turut dibantu oleh Fidel dan Raul Castro, pemimpin komunis dari Cuba. Pemilihan Maduro sebagai presiden adalah memastikan jaminan subsidi minyak terhadap negara pulau tersebut diteruskan. Selepas kematian Chavez, polisi ekonomi terdahulu tetap diteruskan oleh Maduro dengan perkongsian kekayaan negara melalui bantuan subsidi seperti diskaun harga rumah, kereta, pemain DVD, dan pembakar ketuhar.
Nicolas Maduro, presiden terkini Venezuela pula bukanlah seorang Presiden berkarisma dan pengawalan ekonomi terkini banyak berpandukan gaya ketenteraan dalam mengawal kemarahan rakyat. Malahan kesan inflasi tinggi menyebabkan :
1) Mengecilkan nilai matawang.
2) Mengecilkan kuasa beli rakyat.
3) Peningkatan peratus kes pembunuhan kerana krisis makanan.
4) Peningkatan jumlah pengangguran.
5) Rakyat kekurangan nutrisi makanan berkhasiat.
6) Hospital kekurangan bekalan ubat ubatan.
Tahukah anda, merujuk statistik ekonomi terkini kadar inflasi Venezuela sudah mencecah pada paras 800% pada bulan Januari tetapi menurun sedikit kepada 741% pada Februari. Kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.2% kepada 7.3% dengan jumlah terkini sebanyak 1.03 juta yang menganggur. Agak malang bagi Venezuela yang mempunyai kekayaan melalui sumber eksport minyak, disalurkan begitu banyak subsidi rakyat tapi tidak mampu menyelesaikan masalah peratus inflasi terkini yang kian melambung naik.
Hyper inflation yang berterusan sehingga kini disebabkan salah laku peniaga mengambil kesempatan terhadap pembelian barangan subsidi kerajaan, lalu dijual kepada pembeli pada kadar 30% dari harga asal selain menyeludup ke pasaran gelap Colombia.
Malahan penguncupan ekonomi bersebabkan ketidakyakinan pelabur terhadap Venezuela dan banyak firma telah menutup pengoperasian syarikat. Inflasi yang tinggi dihadapi Venezuela kini menyebabkan kuasa beli menguncup dengan penurunan permintaan terhadap penjualan arak turun kepada 75% serta makanan tin kacang dan jagung sebanyak 90%. Kejatuhan produktiviti domestik kini menurun sebanyak 80%, daging 40% dan sayur sayuran sebanyak 18%.
Firma gergasi seperti Coca cola telah menggantung sementara operasi syarikat kerana negara kekurangan sumber gula dan McDonald pula menghentikan seketika penjualan Big Macs disebabkan kekurangan sumber gandum untuk membuat roti.
Pendapatan negara Venezuela pula banyak bergantung sepenuhnya kepada sumber eksport minyak yang menyumbang kekayaan sebanyak 95% yang merupakan setengah daripada jumlah pendapatan negara. Hasil eksport minyak inilah digunakan kerajaan Chavista untuk mensubsidikan bantuan rakyat menyebabkan defisit akaun negara tersebut telah meningkat membuktikan kerajaan Chavista tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Sejak tahun 2014, jumlah eksport minyak telah menurun daripada 2.7 juta setong kepada 450 ribu setong disebabkan kejatuhan harga minyak sebanyak 60%.
Begitulah serba sikit berkenaan permasalahan ekonomi Venezuela. Terkini penolakan rakyat terhadap kerajaan Chavista kian meningkat kerana kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Venezuela. Di sana harga air jauh lebih mahal berbanding dengan kos petrol disebabkan tingkat harga yang berlaku. Krisis kekurangan bekalan makanan yang juga menyebabkan kesanggupan rakyat menggeledah makanan-makanan dalam tong sampah untuk meneruskan kehidupan dan mengalas perut. Rakyat pula terpaksa beratur berjam jam dalam sehari semata-mata ke pasaraya bersubsidi kerajaan untuk mendapatkan bekalan makanan seminggu sekali.
Tidak ketinggalan juga permasalahan rakyat Venezuela yang ingin keluar berhijrah ke negara lain, beratur di imigresen untuk membuat passport. Namun bekalan plastik laminate untuk membuat passport kini bakal kehabisan disebabkan permintaan yang tinggi. Tidak cukup dengan itu, ada rakyat merasuah pegawai imigresen SAIME supaya urusan membuat passport di percepatkan
Bagi pihak kerajaan pimpinan Maduro pula, beliau menuduh krisis bekalan makanan yang berlaku adalah disebabkan komplot golongan kaya yang bekerjasama dengan CIA dan tentera Colombia di persempadanan. Persoalannya, apakah krisis yang berlaku bakal mengheret Venezuela yang suatu ketika dulu merupakan negara terkaya Amerika Selatan ke kancah yang lebih teruk seperti perang sivil atau rampasan kuasa?
Kredit :- thepatriots 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...