Isnin, 20 November 2017

Memahami Rasionalisasi Subsidi Petrol



Sebelum 2014, Kerajaan tanggung subsidi petrol sebanyak RM 20 bilion setahun. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat kerana kenaikan harga minyak dan pertambahan kereta. 

Pada satu tahap kerajaan membelanjakan lebih RM 40 bilion setahun untuk subsidi. Justeru kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi terutama petrol untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. 


Sekiranya kerajaan terus mengekalkan cara lama, ia akan mengurangkan bajet pembangunan. Ini akan merencatkan pertumbuhan ekonomi, lalu mencetuskan domino kejatuhan ekonomi, akan berlaku pengangguran dan kejatuhan kumpulan menengah.

Akibatnya, petrol mungkin murah namun ramai tiada kemampuan untuk memiliki kenderaan. 

Kita perlu ingat ketika ini penggunaan petrol dalam negara melebihi pengeluaran minyak dalam negara. 

Apa akan jadi jika kerajaan terus mensubsidi petrol berpuluh bilion setahun dan pada suatu masa kerajaan tidak lagi ada wang untuk subsidi? 

Ketika itu petrol akan dijual setaraf harga negara-negara maju secara mengejut. Mampukah rakyat menanggung kenaikan sedemikian?

Rasionalisasi subsidi terutama petrol bertujuan mewujudkan satu keadaan ekonomi yang mampan secara perlahan-lahan. 

Kini selain mekanisme kawalan keuntungan, kerajaan masih mengeluarkan subsidi antara RM 100 - 200 juta sebulan untuk elakkan kenaikan drastik.

Pertambahan penduduk memerlukan Kerajaan menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk kesihatan, pendidikan dan infrastruktur lain yang tidak mampu disediakan oleh rakyat secara individu. 

Misalnya kenaikan kos penjagaan kesihatan dan pertambahan penduduk menyebabkan kerajaan perlu memberi peruntukan paling tinggi dalam sejarah sektor kesihatan iaitu RM 27 bilion. 

Ini belum ambil kira kos pendidikan sekolah yang meningkat berkali ganda berikutan pertambahan penduduk muda. 

Kerajaan juga perlu menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak yang agak terabai sebelum ini.

Kadang-kadang kita perlu berkorban sedikit untuk kesejahteraan bersama.

Ab Jalil Backer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...