Khamis, 30 November 2017

Proton Dan Kereta Terbang Bukan Omongan Kosong


Melihatkan tindak balas skeptikal dan sinis majoriti komen dan perkongsian mengenai isu aspirasi dan perancangan Geely untuk menghasilkan kereta terbang ini agak mengecewakan sebenarnya. Ramai juga yang mengkritik tanpa mengambil tahu akan gerakan perkembangan teknologi itu sendiri. Pada aku, kita sepatutnya menyokong usaha dan inovasi kreatif ini untuk dilestarikan di dalam negara kita melalui Proton. Andaikata kita tidak mampu membelinya, impak positif inovasi tersebut boleh menjadi aspirasi di masa hadapan dalam melahirkan #bangsarekacipta.
Tiada apa yang tidak rasional mengenai kereta terbang. Semuanya jenis inovasi teknologi melalui penambahbaikan secara berterusan dalam mengaplikasikan sepenuhnya elemen disruptif supaya ianya terus menjadi semakin relevan di masa hadapan. 
Proton merupakan lambang tamadun perindustrian yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya menyokong penuh inisiatif tersebut. Secara asasnya bagi yang tahu tentang perkembangan teknologi Proton, sudah pasti perasan yang Proton sebenarnya tidaklah terlalu ketinggalan dari segi teknologi. Cuma dalam beberapa ketika, akibat dari permasalahan berkenaan pelan sistem reliabiliti Proton daripada pelbagai segi yang menjadi penyebab harimau biru itu lumpuh.

Kebanyakan komen negatif tanpa asas yang kukuh hanyalah interpretasi dari perasaan inferior. Ada juga yang mengatakan bahawa Proton sepatutnya menjadi lebih realistik untuk bersaing dalam kancah automotif dunia. Persoalan saya, kamu hidup pada zaman bila? Sudah banyak syarikat terkenal yang menghasilkan konsep dan prototaip kereta terbang bagi tujuan komersil. Salah satunya ialah Airbus dan Italdesign yang bergabung untuk membangunkan konsep sistem kereta terbang yang di beri nama ‘pop-up’.
Proton sangat beruntung kerana berada di dalam senarai perancangan bagi menghasilkan kereta terbang komersil bersama-sama dengan Terrafugia di bawah kendalian Geely. Terrafugia ini di tubuhkan pada 2006 oleh lima graduan MIT dalam bidang aeronautik kalau tidak silap aku. Terrafugia yang berpangkalan di Boston ini juga merupakan antara peneraju dunia dalam teknologi kereta terbang. Jika masih ada yang tidak tahu, Terrafugia telah membangun serta menerbangkan dua prototaip berskala penuh. Mereka ini juga telah menerima semua kelulusan undang-undang khusus yang di perlukan untuk membawa Transition(salah satu model mereka) ke pasaran di Amerika Syarikat.
Terrafugia kini hanya tinggal melengkapkan reka bentuk dan pengujian kenderaan produksi akhir untuk model ‘Transition’ sahaja. Ianya juga di jangka bersedia untuk di komersilkan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.
Syarikat itu juga telah di berikan empat jenis pengecualian oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan (NHTSA) untuk model ‘Transition’, sebuah pesawat sukan dua tempat duduk yang boleh berubah menjadi kereta empat roda. Salah satu dari pengecualian tersebut ialah Terrafugia telah di benarkan menggunakan tingkap plastik seperti pesawat sukan biasa dan bukanya kaca seperti kereta konvesional. Tahun lepas juga, Persekutuan Pentadbiran Penerbangan (FAA) telah memberi syarikat tersebut satu lagi pengecualian kritikal yang membolehkan model ‘Transition’ terbang dengan berat tambahan berbanding berat maksimum yang biasanya di benarkan untuk pesawat sukan ringan.
Jadi, atas dasar apa kamu katakan yang Proton hanya mampu bermimpi?
Serius dan relevanya industri kereta terbang ini, sehinggakan Larry Page CEO dari Google Parent dan Alphabet Inc. juga dikatakan telah melabur sehingga USD 100 juta dalam dua projek permulaan kereta terbang bagi syarikat kereta terbang Kitty Hawk. Larry page ini untuk pengetahuan semua, bukanlah netizen cap ayam yang memandu Honda atau jenama-jenama antarabangsa sambil merungut tentang kenaikan harga minyak tanpa asas. Beliau merupakan saintis komputer yang telah menginovasikan pelbagai teknologi, termasuk ‘search engine’ yang digunapakai google sekarang.
Sementara itu di bahagian lain dunia, syarikat Uber pula sedang membangunkan perkhidmatan kereta terbang di Dubai, Los Angeles dan satu lagi bandar utama(masa ni lah tak ingat pula) yang diharapkan menemui tarikh pelancaranya pada tahun 2020. Uber juga telah menandatangani Akta Perjanjian Angkasa(SPA) bersama-sama dengan NASA untuk membina sistem kawalan trafik udara yang mampu menyelia pergerakan dan mobiliti proses penerbangan pesawat altitud rendah.
Mungkin di Malaysia, penguatkuasaan penerbangan nasional dikawal selia DCAM yang bakal dikenali sebagai CAAM (Civil Aviation Authority of Malaysia) akan bekerjasama dengan Kementerian pengangkutan bagi menstruktur satu rangka kerja dalam usaha untuk mengimplemitasikan undang-undang berkaitan kenderaan udara/darat. Tidak lupa juga, keperluan untuk menubuhkan organisasi bagi mengawal trafik udara untuk menguruskan keperluan lalulintas kenderaan ini. Ini kerana, membenarkan inovasi baharu ini menggunapakai laluan yang sama dengan penerbangan komersil, bukan satu idea yang baik dan amat berisiko.
Aku juga agak setuju dengan penganalisa penerbangan, Robert Mann dari firma R.W. Mann & Co. Beliau mengatakan bahawa model kereta terbang ini, jika ianya menjadi realiti dan berpeluang untuk dikomersilkan, model ini mampu memenuhi pasaran yang signifikan bagi memenuhi keperluan untuk terbang ke bandar-bandar berdekatan pada altitud yang rendah. Pelbagai jenama yang pada awalnya dikatakan tidak relevan, akan tetapi sudah berdiri kukuh memenuhi keperluan siginifikan dalam pasaran automotif. Contoh yang jelas pada pandangan kita ialah kereta autonomi dan kereta elektrik.
Tidak perlulah setiap kali, apabila nampak sahaja lambang harimau biru, terus semuanya meludah kelangit. Kamu hendak kekal dengan minda konvesional menyalahkan orang lain atas kelemahan sistem yang asalnya daripada kamu, itu kamu punya pasal, kamu mahu jadi balaci politik pun kamu punya pasal. Kamu selesa hendak merungut bab tingkap kuasa berkali-kali juga tiada masalah. Ada jenama lain lebih teruk dengan ‘recall’ alat ganti lebih kritikal, seperti kotak gear seawal 100 000km/h. Akan tetapi, disebabkan ia bukan buatan Malaysia, maka ianya biasa.
Boleh jadi di masa hadapan, anak cucu kamu yang bakal mewarisi lubang-lubang posisi di setiap ceruk organisasi Proton untuk bekarya dan berseni dengan apa yang mereka lakukan. Janganlah dek kejumudan kamu itu, anak cucu kamu tidak langsung dapat membina aspirasi masa hadapan yang mungkin menjadikan mereka sebagai pendahulu dalam perlumbaan inovasi, terutama sekali industri automotif.
P.S: Benarlah apa yang kawan aku beritahu, zaman menganggap Proton sebagai jati diri sudah lama hilang, sama waktunya dengan jualan Proton Wira dahulu. Sekarang orang hanya melihat Proton sebagai ‘punching bag’. Memang wajar untuk Proton terus fokus pasaran global. Sehingga bulan lepas, Proton telah memulihkan 13% dari jualanya. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Orang Proton kalau hendak terus diam sahaja, silakan. Aku tiada masa hendak bernostalgia dan beromantisme zaman Tun. Aku pertahankan, sebab Proton jenama Malaysia. Orang automotif Malaysia bukan cap ayam. www.thepatriots.asia

Lagi artikel berkaitan :- PROTON
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...