Khamis, 2 November 2017

SULTAN SELANGOR MURKA MAHATHIR HINA BUGIS


KERANA MULUT, BADAN BINASA… Peribahasa itu amat tepat untuk diberikan kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih tidak mahu menurunkan egonya untuk memohon maaf kerana menghina keturunan Bugis pada 14 Oktober lalu.

Semasa berucap di Himpunan Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, Mahathir dilaporkan telah membuat penghinaan terhadap keturunan Bugis dengan menggelarkan mereka sebagai sebuah keturunan lanun dan pendatang.

Sehubungan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berbincang dengan Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor pada 2 November 2017 dan memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Mahathir itu.


 


Pihak Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan Mahathir itu boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga mampu mencetuskan kekecohan dan huru hara.

Kenyataan ini dikeluarkan kerana menurut sejarah, Kesultanan Selangor merupakan berasal dari keturunan pahlawan Bugis yang memperjuangkan dan mempertahankan agama serta keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara sejak dahulu lagi.

Pihak Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor juga menasihati Pengerusi Pakatan Harapan itu agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dalam masa yang sama, Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor juga berpandangan bahawa Mahathir wajar disiasat dan diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948. –Tv14



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...