Isnin, 4 Disember 2017

Aktor Popular Shashi Kapoor Meninggal Dunia


NEW DELHI: Shashi Kapoor, pelakon hindustan yang popular pada era 70-an dan 80-an serta digilai ramai wanita, telah meninggal dunia, pada usia 79 tahun.

Shashi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani di Mumbai.


“Ya, beliau telah meninggal dunia. Beliau mengalami masalah buah pinggang dan telah menjalani dialisis sejak beberapa tahun lepas,” kata anak saudaranya, Randhir Kapoor.

Randhir yang merupakan anak kepada mendiang Raj Kapoor berkata, pengebumian Shashi akan diadakan pada esok pagi.

Kematian Shashi itu diratapi oleh peminatnya malah Presiden India, Ram Nath Kovind dan Perdana Menteri Narendra Modi turut merakamkan ucapan takziah di atas kematian pelakon yang terkenal itu.

Beliau disifatkan sebagai legenda di India dengan filem lakonannya seperti Deewar, In Custody dan Junoon menjadi terkenal.

Shashi juga merupakan sebahagian daripada dinasti Kapoor yang menguasai industri perfileman di India sejak berdekad lalu.

Abangnya, Raj dan Shammi Kapoor juga merupakan pelakon terkenal. suara.tv



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...