Sabtu, 16 Disember 2017

Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengunjungi  GAZA


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ke Gaza memperbaharui komitmen Malaysia menyokong perjuangan Palestin.

Ia melakar sejarah  memandangkan Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengunjungi wilayah berkenaan.


BANDARAYA GAZA Jan 2013 -  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menurut kata hatinya untuk melawat ke Gaza supaya dapat berada bersama-sama dengan rakyat Palestin.
   
"Tiada cara yang lebih baik...ini cara terbaik untuk menjejak kaki ke Gaza bagi menzahirkan sokongan kami kepada rakyat Palestin," katanya ketika berucap pada pertemuan dengan menteri Kabinet Palestin di sini semalam.
   
Najib, yang melakukan lawatan kemanusiaan sehari ke Gaza, diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
   
Perdana menteri berkata, rakyat Malaysia boleh menghantar bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada Palestin namun beliau menganggapkan lawatan ini sebagai lambang yang amat kukuh terhadap sokongan padu kepada rakyat Palestin.
   
"Saya harap lebih ramai lagi pemimpin Islam dari seluruh dunia akan mengambil langkah sama. Perjuangan ini bukan hanya bagi penduduk Palestin tetapi juga kepada Ummah," katanya.
   
Ketika berucap pada pertemuan itu, Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh berkata, lawatan Najib merupakan julung kali dilakukan oleh seorang perdana menteri asing yang bukan dari negara Arab ke Gaza.
   
Sementara itu, Najib menyifatkan urusan lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza hari ini sebagai lancar, selamat dan berjaya.

   
"Saya telah lawat Gaza dan disambut PM Ismail Haniyeh. Sempat juga kunjungi tapak projek sekolah (yang dibiayai) Malaysia. Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya," kata Najib.
   
Perdana menteri turut melahirkan harapan yang lawatan singkat itu mampu mengeratkan silaturrahim antara dua negara.
   













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...