Rabu, 6 Disember 2017

Nasib Artis Zaman Mahathir vs Zaman Najib


Kini, Parti Cap Bunga dan Mahathir mempergunakan arttis untuk menyampaikan propaganda.

Kini, Mahathir memuji artis yang bercakap.

Dulu kalau artis bercakap memburukkan kerajaan ataupun dia, terus kena tindakan rasmi.

Zaman PM Najib tidak zalim seperti dulu.
----
18 JUN 1996
M.Nasir
M. NASIR NAFI PERSOALAN "SIAPA MAHATHIR"

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Artis M.Nasir yang digam daripada muncul di radio dan televisyen berkuatkuasa Ahad lepas kerana dianggap melampau dengan pertanyaannya "Siapa Dr Mahathir", hari ini menafikan mengeluarkan kata-kata itu.


Dia meminta kerajaan memberi peluang kepadanya untuk membela diri dan berharap kerajaan tidak mendengar daripada sebelah pihak (media) saja, katanya pada persidangan akhbar di pejabat syarikat rakaman BMG di sini.

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Suleiman Mohamed ketika mengumumkan tindakan itu Sabtu lepas berkata segala bentuk karya M. Nasir dilarang daripada disiarkan melalui televisyen dan radio kerana artis itu dianggap sudah melampau dan kurang ajar terhadap Perdana Menteri.

Akhbar-akhbar melaporkan bahawa pada 3 Mei lepas apabila diminta membuat latihan mendeklamasi puisi kerana tetamu kehormat pada Malam Puisi Utusan itu ialah Dr Mahathir, M.Nasir bertanya "...siapa Dr Mahathir?".

Beliau berkata syarikat menghantar surat penafian kepada Utusan Malaysia pada 21 Mei, tiga hari selepas berita mengenai perkara itu disiarkan oleh akhbar itu.

Mereka juga menulis surat kepada Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung dengan kontroversi itu.

"Kontroversi ini telah menjejaskan reputasi, integriti dan sumber
pendapatan saya," katanya.

M. Nasir yang berasal dari Singapura, terkenal bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai pencipta lagu, pemuzik, pemuisi, penerbit album, pelakon dan pengarah filem.

Ekoran pengharaman itu, Kedah dan Selangor telah mengharamkan konsert membabitkan penyanyi itu.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...