Khamis, 7 Disember 2017

Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh, SPT (Telah Dibuka)



Projek Taman Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh Seberang Perai Tengah adalah projek Kerajaan Persekutuan iaitu  usahasama antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh JPN-KPKT di atas tanah milik PERDA.Harga yg ditetapkan oleh JPN adalah sebanyak RM35,000 seunit.

Urusan pemilihan dan tawaran dilaksanakan sepenuhnya oleh JPN-KPKT. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:


1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 18 tahun ke atas;
3. Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan;
4. Belum memiliki rumah;
5. Keutamaan kepada pemohon yang telah berkeluarga

Borang permohonan boleh ambil di pejabat PERDA atau cetak melalui laman web.

Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada pejabat PERDA, Butterworth sebelum atau pada 15 Disember 2017.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pejabat di talian 04-3141 100 atau hadir di alamat berikut :

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
No 1, Lorong Kampung Gajah 2
Jalan Kampung Gajah
12200 Butterworth
Pulau Pinang

 Lanjut :- www.perda.gov.my 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...