Jumaat, 1 Disember 2017

RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA




#RMR1M
RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

** Subsidi sehingga RM20,000
** Ansuran bulanan serendah RM190 sahaja

OBJEKTIF PROGRAM :- 

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

CIRI-CIRI & JENIS RUMAH YANG DITAWARKAN :- 


* RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT 1000KPS

Harga RM65,000
Keluasan1,000 kps
Bilik3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM20,000

* RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT 850KPS

Harga RM55,000
Keluasan850 kps
Bilik3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM17,500

* RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT 700KPS

Harga RM45,000
Keluasan700 kps
Bilik2 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM15,000






SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :- 

* Warganegara Malaysia.

* Berumur 18 hingga 65 tahun*.

* Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.

* Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.

* Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.

*Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

CARA-CARA MEMOHON :- http://bit.ly/2oh2ZZ4 




Lagi perumahan rakyat oleh ---> NAJIB RAZAK 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...