Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Sabtu, 30 Disember 2017
Status Islam Sebagai Agama Negara Menyukarkan – Marina Mahathir
Datin Paduka Marina Mahathir mendakwa status Islam sebagai agama negara telah menyukarkan pengasingan agama daripada bidang pentadbiran.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Datin Paduka Marina mendakwa, kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah membawa kepada tafsiran berbeza mengenai peranannya dalam kerajaan.
Ini termasuklah pendapat bahawa Islam perlu meliputi semua (bidang dan perkara).
“Apabila agama kepada negara wujud, ia menjadi sumber kuasa yang tidak boleh dipersoalkan menurut orang ramai.”
Tambahnya lagi, implikasi Islam sebagai agama negera turut dirasai di kalangan Muslim terutamanya apabila mazhab tertentu dijadikan sebagai pegangan rasmi kepada Muslim.
“Di Malaysia, mereka cuba mempromosikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, satu pegangan Sunni untuk Muslim. Jika anda Syiah, semestinya anda tidak termasuk sekali dalam kelompok itu. Jika anda Muslim liberal, anda juga tidak termasuk sekali. Ia satu kelompok yang semakin menyempit.”
Pengasas bersama kumpulan Sisters In Islam (SIS) itu juga mendakwa, wanita Muslim juga berdepan dengan cabaran dalam menghadapi tafsiran Islam yang pelbagai (dalam kehidupan mereka).
“Mengenai poligami, mengenai hijab, mengenai sama ada wanita boleh menjadi hakim dan sebagainya.
Pendekatan untuk merujuk semula kepada teks dan melihat sama ada ia benar-benar dibenarkan atau sama ada ia merupakan satu tafsiran dan siapa yang mentafsirkannya.”
www.menara.my