Rabu, 6 Disember 2017

Surat Terbuka Buat Sheila Majid Oleh Peminat


Saya merujuk kepada keluhan anda di laman sosial Twitter. 

1. Berkaitan dengan harga barangan terutama ikan dan sayur-sayuran, ianya bergantung kepada keadaan musim. Sekarang musim banjir, hujan dan laut bergelora. Pastinya harga naik mendadak. Apabila musim bertukar ganti kepada musim panas, pastinya harga akan kembali stabil. 

2. Harga seperti beras, minyak masak, gula, gas memasak, ayam adalah di bawah harga kawalan dan tidak melibatkan banyak perubahan harga.

3. Semenjak kemuncak populariti Sheila pada tahun 1990an hingga sekarang, purata pendapatan isi rumah telah meningkat dari hanya RM1,704 pada tahun 1999 kepada RM5,228 pada tahun 2016. Memang benar harga barangan meningkat dari zaman kemuncak anda pada tahun 1990an tetapi begitu juga dengan pendapatan Rakyat Malaysia.


4. Untuk tukaran matawang asing, Tun Mahathir tambatkan Ringgit pada tahun 1998 pada harga RM3.80 dan selepas Ringgit bebas diperdagangkan, nilainya tetap kekal pada harga sekitar itu buat beberapa lama. Kalau dibandingkan sekarang pun, nilai RM4.06 hanya lemah sebanyak 6.8% berbanding tambatan Ringgit pada harga RM3.80.

5. Kadar pengangguran terkini negara adalah pada kadar 3.4%, antara yang terendah di dunia. 4% biasanya tahap yang dipanggil oleh ahli ekonomi sebagai pekerjaan penuh kerana akan selalu ada orang yang sedang mencari pekerjaan lain atau hanya memasuki pasaran. Terdapat juga kes pekerja asing yang mendapat gaji sehingga RM4,000, sama ada mereka bekerja keras atau buat overtime. Kalau anda buka Jobstreet, terdapat 26,356 kerja kosong. Jadi 'jobs are scarce' adalah tidak tepat. 

6. Pertumbuhan ekonomi sekarang berada pada kadar 6.2% untuk suku terakhir tahun ini. Kadar ini pastinya antara yang tertinggi di rantau ini kalau tidakpun di dunia. Pergilah di KLIA atau KLIA2, sektor perlancongan amat mengujakan. Bukan setakat pelancong asing melawat Malaysia malah rakyat Malaysia amat amat berkemampuan untuk melancong dalam dan luar negara.

7. Adalah juga pelik apabila anda berada di puncak populariti anda pada tahun 1990-an, anda tidak bercakap terhadap Tun apabila mata wang kita tiba-tiba runtuh 60% dari RM2.40 hingga RM3.80, pengangguran melonjak apabila puluhan ribu diberhentikan manakala banyak syarikat telah bankrap dan berhenti beroperasi. Ya, ketika itu anda tidak berkata apa-apa. 

8. Walaupun kita tidak sepatutnya mencari kesalahan atau memberi alasan dalam membetulkan negara, kita tidak seharusnya dipengaruhi oleh propaganda dan membuat kenyataan yang tidak benar sepenuhnya.

Kita harus mempunyai minda yang positif - tidak sebaliknya.

Adalah bertuah kerana kita kini berada di era PM Najib yang lebih terbuka dan bertoleransi. Jika anda 'bersuara' seperti ini pada tahun 1990-an di bawah Mahathir, anda akan menerima layanan seperti M.Nasir di mana kerajaan mengeluarkan arahan awam untuk anda di'gam'.

Saya percaya negara kita kini berada di landasan yang betul dengan mengukuhkan ekonomi, kadar pertukaran dan mempunyai hampir penuh pekerjaan.

Ini bukan lagi 1998.

Peminat Sheila Majid,
LSS


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...